Thursday, 29 November 2007

from toulouse with memories

Dah selamat sampai malaysia, dan bila dah dimalaysia ni byk sungguh benda yang nak dibuat. Pertamanya masuk rumah baru, jadi kami kena kemaskan apa yang patut. Sebelum tu sambut sakan raya puasa kat sini. Perjalanan pulang kami ok, nasib baik kerul hantar, dan hehehe... aku tertinggal beg kamera aku waktu tu, nasib baik kerul check kereta Ikmal. Berdebar punya pasal dan gembira sangat nak balik sampai habis terlupa beg kamera tu.

Flight kami ok semuanya. dari toulouse naik Fokker-100 , business class. Dan transit amsterdam naik 747 MAS. Semuanya ok, cuma aqilah la waktu tu kena Nappie rash, ini la first time dia kena dan teruk pulak dia kena tu sampai nampak isi merah. Tapi dia tak nangis sgt, cuma perjalanan 13 jam tu buat dia boring dan tarik2 kerusi depan kami, jadi kami pun dapat la peringatan dari makcik depan tu, dia suh aqilah duk diam dan bagitau kat stewardess , nasib baik stewardess tu faham dan cakap elok2 saja. lain dari tu tak ada apa2. Alhamdulillah selamat.

Cerita tentang bz ni memang penat sikit la. Mcm2 yang nak dibuat.Dah masuk kerja pun ada la kerja yang menunggu. Kami baru saja habis menguruskan "Kursus Satelit", disamping tu, waktu aku balik byk jugak perubahan yang berlaku pada school. Selain dari itu, aku dapat la merasa pegang nikon d40x. Pusat pengajian beli sekali dengan 55-200mm VR. Tak mampu aku nak beli. Cuma merasa testing aje la.

Hujung minggu aja ada saja aktiviti yang dibuat, kenduri, balik kg, melawat saudara, pergi mandi waterpark dan bagai2 lagi. Tambah pulak kami dah tukar kereta , downgrade ambik kereta lagik kecik, bukannya upgrade. Kali ni ambik savvy. Baru saja 2 minggu camtu, bertambah rajin lagi la nak berjalan. Minggu lepas kawan sini (usm) ajak aku pergi ambil gambar kenduri kahwin. dan ada 1 job dia nak lepas kat aku, tapi aku tak berani lagi, susah nak bagi komitmen, kerja harian pun byk. Cuma kenapa aku ikut ajakan dia hari tu, aku nak tgk camna nak buat photog wedding ni. Mungkin bagi sesetengah org senang, dan bg sesetengah lain gaka mancabar jugak. Aku ni ikut dia saja, belajar ilmu apa yang patut tapi dia dah nak pass job yang satu tu kat aku, sebab tak menang tangan. dan ada lagi sebab lain. Aku yang memandangkan ajakan dia ni, mulanya segan. Flash pun tak ada, jadi terpaksa la aku pegi beli flashgun tu, sehari sebelum nak shot wedding tu. Habis runding ngan tokey kedai dapat la harga RM770.

Masa wedding tu , aku yang tek reti flash ni main hentam aja la. Heheheh...petang baru gambar ok sikit. Sikit ja tak byk. Diffuser utk flash yang aku baru beli tu pun guna kertas form masuk duit bank saja(tips dari kawan aku ni). Hehehe lawak betui. Tak beli la pulak diffuser tu, byk jugak gambar jadi spot flash je . Aku dah surf internet, nak beli RM89 , jadi aku search youtube utk projek DIY punya. Jadi jimatlah duit aku utk sementara ni, kasi pandai guna flash dulu, modal dah keluar byk ni. Hehehhe. Ni youtube tu




Gambar wedding tak editing


dan ini hasilnya, modal testing meterial semua bawah RM5 (meterial tu aku guna filing plastik yang lutsinar tu)

DIY diffuser project
Hasil pertama dari DIY diffuser