Friday, 26 September 2008

"Selamat hari raya aidilfitri"


entry ini aku buat khas untuk sambutan hari raya, aku pohon maaf kalo ada yang terkasar bahasa atupun tingkah laku aku selama ini kepada sesiapa pun, kalo ada silap tu maafkan lah ya. Untuk yang nak balik Kg tu berhati² di jalan raya aku berpesan, dan yang nak balik ke malaysia tu, Welcome home......mesti korang tak sabar² nak makan ketupat rendang kan? heheheh... kalo ada masa singgahlah di rumah kami nibong tebal hari sabtu ahad selepas raya....

"Selamat hari raya aidilfitri dan maaf zahir dan batin sekali lagi dari kami sekeluarga" dan "Moga ceria selalu"

Saturday, 13 September 2008

wakakkaka...

Hari ni aku baru balik dari rumah kakak aku kat sungai petani. Ok la rumah dia tu strategik dari segi lokasi, cuma tak ok nya dia duduk alor setar lagi, tapi rumah tu kat sungai petani. Aku pun tak faham kenapa dia beli rumah kat situ.

Yang keduanya, alhamdulillah. Aku berjaya jugak nak jalankan satu teknik ni kat lab. Dah aku cuba benda ni sebelum fly ke toulouse lagi, dan tak berjaya2. Akhirnya minggu lepas aku dapat buat, aku dapat 'on' kan pc kat makmal tu melalui pc aku saja. Hehehe.. puas hati aku, berjaya seh, lama benor aku dok cuba2. Dan sebelum tu aku dah pun boleh kasi cantas mana2 student yang salah guna lab aku jaga ni utk main2 internet dan sesaja ja pandai2 nak guna pc kat lab tu nak taip surat bukan2 hanya dari pc aku je.Kecut muka depa, aku kasi mesej 'pop up' suruh blah, guna lab depan je kalo nak main2 pc camtu. Apa ingat aku tak nampak ke apa korang buat tu, hehehehe... Maaf la student semua, lab tu utk CAE application saja, kalo nak lain dari tu sila blah, guna lab depan.

Aku buat camni bukan apa, student dah makin ramai. aku kesah, tapi bos tak kesah. Dah la masuk, dari lab sebelah pun masuk sini, dah mcm kedai fotokopi dah rasanya, duk hempuk priner depan aku tu sesuka hati, walaupun dah byk "manual" aku buat,tambah pulak bising pulak tu, hahahahha... padan muka, aku boleh off je pc korang tanpa rasa segan silu, kalo dah salah guna tu... wakakakkaka...