agak lama tak menulis blog, byk benda kena buat dah dah dibuat. Sebelum ni sibukkan diri nak kemas siap lab, org OBE nak datang buat auditing. So dah lepas benda tu, result tak tau lagi. meeting ngan dekan hari tu, minggu depan ada pemgumuman budget. Mungkin akan diumumkan senarai universiti APEX tu.
Sebelum org obe datang tu, kami pergi ke singapore 1-2hb, ikut rombongan. Harga RM220, tapi tak tido kat sana , kira jln2 ja sehari kat situ. Pegi sontosa island, paling berbaloi rasanya tgk "sound of the sea" petang tu, selain masuk 3d+simulation cinemaxx. Barang tentulah mahal kat situ. Kat jb sendiri pun mahal nak makan minum. Ada jugak caj kameraman kat situ, taknak ambik gambar pun dia soh ambik dulu, keluar dari tempat tertentu tu, baru pilih nak kena ambik gambar tu. Aku tak jadi ambil la, tak edit sgt pun gambar tu, main tangkap muat pastu letak dalam folder tapi harga singapore $20. Tak berbaloi kot.
Baru-baru ni kami sekeluarga tgk wayang satu family. Book couple seat, lawak aqilah ni. Dia cakap besarnya ma tv tu, gambar besar. Kami pergi tgk wall-e. Cerita robot kecik tu.
Baru-baru ni juga aqilah dah pun cukup 3 thn. , kalo kat toulouse sana aqilah mariam baru je sambut birthday (tak terlambat lagi kot "happy belated" yang ke 4thn), aqilah sini sambut biasa-biasa saja. Kami beli kek pastu bagi dia tiup kat rumah pengasuh dgn teman sepermainannya.
Semalam cuti lagi, p tgk sesama filem baru ni. Memang layan, beli pulak seat couple, ingat harga sama, tapi ok la sebab selesa dan luas sikit. Aqilah tak ikut sama... hehehe.. meragam karang dalam cinema.
lagu ending ni memang best
It started out as a feeling Which then grew into a hope Which then turned into a quiet thought Which then turned into a quiet word
And then that word grew louder and louder 'Til it was a battle cry I'll come back When you call me No need to say goodbye
Just because everything's changing Doesn't mean it's never been this way before All you can do is try to know who your friends are As you head off to the war
Pick a star on the dark horizon And follow the light You'll come back when it's over No need to say goodbye
You'll come back when it's over No need to say goodbye
Now we're back to the beginning It's just a feeling and no one knows yet But just because they can't feel it too Doesn't mean that you have to forget
Let your memories grow stronger and stronger 'Til they're before your eyes You'll cone back When they call you No need to say goodbye
You'll come back When they call you No need to say goodbye
Lately, aku byk kerja jugak. Skrg ni masih lagi tgh design sijil, nametag, dan brochure. Memang akhir2 ni kerja aku mcm tu, buat pamplet, brochure utk short course.
hmmm...pagi ni hujan lebat, tetiba tercegat kat depan lab tgk hujan. Bukan tak pernah tgk hujan, cuma tetiba pulak layan blues, cuaca dan suasana sebijik mcm aku ngan keluarga aku keluar dari flight dari toulouse masa pagi tu dan tiba kat schiphol, sejuk la hai. Pastu baru masuk airport utk connecting flight ke kl.
As pun baru ja lepas sambut hari lahir dia, dia ada dua kegembiraan sekali. Satu sambut birthday lagi satu dah pas lesen memandu. Congratulation, dan Happy belated 30's. dah makin bertambah umur, tapi masih lagi aku dgr bila balik dari kelas memandu tu org sangka dia tu baru lepas spm, hehehe. Maintain lagi la tu. hehe.
Aku tgk dia happy, alhamdulillah. Aqilah pun makin bijak. Dah pandai lipat sendiri seluar baju dia. Untung la aku, sekali baju aku dia lipat, stoking² dan dah la lipat, kasi letak elok2 pulak tu dalam almari aku, hehehe.
Dalam meniti hari2 ni, ada jugak aku mcm hilang punca. Hilang excitement. Dah nak masuk 30 aku tahun depan. Kerja pun mcm tak dapat kepuasan. Tak mcm aku start kerja dulu2. Puas apa yang aku buat. Skrg ni tgk komputer pun dah muak, skrg ni kurang sikit, masa balik2 dulu muak yang amat. Target nak pencen awal, nak kumpul 100k lagi 5 tahun, tercapai ke tak , aku pun tak tau. Apa sumbangan aku sebenarnya?, apa pulak yang boleh aku banggakan dengan pencapai diri aku?... itulah yang menjadi persoalan hari².
Pernah tgk cerita "1,000 Places to See Before You Die", tu dari buku sebenarnya, tapi dah dibuat dukumentari pun.... . what a wish.. (besarnya wish aku) hehehe
semalam balik kerja terus ke sunway carnival...., beli komputer baru. tapi kali ni ingt nak tukar la, guna os lain pulak, jeng...jeng... guna apple yang logo dah kena gigit sikit tu. Saja nak tukar selera. Mac os utk versi ni adalah versi sepuloh (x). Dibina dengan intel duo core, jadi bila dah duo core tu leh la guna parallel computing utk install sekali windows dalam tu , itu pun kalo nak run software windows la, kalo nak campak linux pun boleh gak. Mac os ni mmg terkenal dgn kekebalan kepada virus dan spyware computer, so takyah risau2 lagi dah nak ada semua tu.
Byk benda best dalam machine ni. system restore nya sendiri, mcm windows system restore gak, tapi yang ni canggih sikit namanya "time machine", memang best nak buat editing video , tak mudah "hang" dan lain2 . Aku ni beli yang mini ja, ni link dia.
Lama tak menulis. byk perkara terjadi dalam 2 -3 bulan ni. Badan makin berisi, balik malaysia bantai sungguh makan apa yang tak dapat makan tu. Mak as dah beli persona, jadi sempat juga test drive. BN hilang 5 negeri... apa lagi ya... hmmm aku dah dilanda boring... boring... boring.. mungkin lagi 5 tahun aku nak pencen la kot : ) . Kalo ada bisness sendiri pun bagus gak.
Petang semalam aku tgk Musics & lyrics, best memang best cerita ni. Mantap betul script dia.... yang best aku dapt tgk ngan as kejap petang smlm, sebelum tu aku tgk dah separuh cerita malam sebelumnya. jadi kes tgk cerita separuh2 la ni.
Esok anniversary yang k-4, harap kami dimudahkan apa yang susah, bertambah ikatan kasih dan sayang dan hidup kami diberkati sampai akhirat.
Dah selamat sampai malaysia, dan bila dah dimalaysia ni byk sungguh benda yang nak dibuat. Pertamanya masuk rumah baru, jadi kami kena kemaskan apa yang patut. Sebelum tu sambut sakan raya puasa kat sini. Perjalanan pulang kami ok, nasib baik kerul hantar, dan hehehe... aku tertinggal beg kamera aku waktu tu, nasib baik kerul check kereta Ikmal. Berdebar punya pasal dan gembira sangat nak balik sampai habis terlupa beg kamera tu.
Flight kami ok semuanya. dari toulouse naik Fokker-100 , business class. Dan transit amsterdam naik 747 MAS. Semuanya ok, cuma aqilah la waktu tu kena Nappie rash, ini la first time dia kena dan teruk pulak dia kena tu sampai nampak isi merah. Tapi dia tak nangis sgt, cuma perjalanan 13 jam tu buat dia boring dan tarik2 kerusi depan kami, jadi kami pun dapat la peringatan dari makcik depan tu, dia suh aqilah duk diam dan bagitau kat stewardess , nasib baik stewardess tu faham dan cakap elok2 saja. lain dari tu tak ada apa2. Alhamdulillah selamat.
Cerita tentang bz ni memang penat sikit la. Mcm2 yang nak dibuat.Dah masuk kerja pun ada la kerja yang menunggu. Kami baru saja habis menguruskan "Kursus Satelit", disamping tu, waktu aku balik byk jugak perubahan yang berlaku pada school. Selain dari itu, aku dapat la merasa pegang nikon d40x. Pusat pengajian beli sekali dengan 55-200mm VR. Tak mampu aku nak beli. Cuma merasa testing aje la.
Hujung minggu aja ada saja aktiviti yang dibuat, kenduri, balik kg, melawat saudara, pergi mandi waterpark dan bagai2 lagi. Tambah pulak kami dah tukar kereta , downgrade ambik kereta lagik kecik, bukannya upgrade. Kali ni ambik savvy. Baru saja 2 minggu camtu, bertambah rajin lagi la nak berjalan. Minggu lepas kawan sini (usm) ajak aku pergi ambil gambar kenduri kahwin. dan ada 1 job dia nak lepas kat aku, tapi aku tak berani lagi, susah nak bagi komitmen, kerja harian pun byk. Cuma kenapa aku ikut ajakan dia hari tu, aku nak tgk camna nak buat photog wedding ni. Mungkin bagi sesetengah org senang, dan bg sesetengah lain gaka mancabar jugak. Aku ni ikut dia saja, belajar ilmu apa yang patut tapi dia dah nak pass job yang satu tu kat aku, sebab tak menang tangan. dan ada lagi sebab lain. Aku yang memandangkan ajakan dia ni, mulanya segan. Flash pun tak ada, jadi terpaksa la aku pegi beli flashgun tu, sehari sebelum nak shot wedding tu. Habis runding ngan tokey kedai dapat la harga RM770.
Masa wedding tu , aku yang tek reti flash ni main hentam aja la. Heheheh...petang baru gambar ok sikit. Sikit ja tak byk. Diffuser utk flash yang aku baru beli tu pun guna kertas form masuk duit bank saja(tips dari kawan aku ni). Hehehe lawak betui. Tak beli la pulak diffuser tu, byk jugak gambar jadi spot flash je . Aku dah surf internet, nak beli RM89 , jadi aku search youtube utk projek DIY punya. Jadi jimatlah duit aku utk sementara ni, kasi pandai guna flash dulu, modal dah keluar byk ni. Hehehhe. Ni youtube tu
Gambar wedding tak editing
dan ini hasilnya, modal testing meterial semua bawah RM5 (meterial tu aku guna filing plastik yang lutsinar tu)