tak sempat nak update blog, tgh cari BT gps receiver utk pda, survey2 mana yang patut... gps for pedestrian and car..., wifi, bluetooth surfing...
Accessing Internet via bluetooth
Bluetooth gps yang tgh duk timbang2
(i-Blue 737 GPS Receiver) dan reviewnya
HOLUX GPSlim236
gps utk malaysia
Saturday, 30 June 2007
Posted by myjourney at 00:28 1 comments
Wednesday, 27 June 2007
Tuesday, 26 June 2007
Dah selamat sampai...
Alhamdulillah, dah selamat sampai pun kami sekeluarga dan selamat sepanjang perjalanan ke Scotland ni,... kepada yang sama2 mendoakan keselamatan kami sekeluarga, ribuan terima kasih...
dan juga kepada am dan nurul sekeluarga yang sama2 dalam journey, tempat tinggal, makanan korang memang best (tidak lupa juga popia yang best tu) dan juga"hehhee kicap kipas udang" bawak balik botol besar , hehehe ingat dah pecah dah dalam luggage td sampai kapal terbang delay 1 jam,... dan tidak lupa juga faz dan dr zulfaa, best nasi beriani dr zulfaa buat, licin ayam aku makan...
dan ada jugak sedih, kamera aku jatuh 2 kali, kat lcd metering dan ada cacing2 halus..
tunggu kisah selanjutnya nanti...
Posted by myjourney at 00:27 3 comments
Wednesday, 20 June 2007
Berdebar-debar
Manchester, Scotland here we come..
Dah pack semua barang, kejap lagi nak berangkat, berdebar2 ja rasa..
Posted by myjourney at 13:57 2 comments
Thursday, 14 June 2007
Terima kasih, thank you, Diolch yn fawr iawn, Merci beaucoup,Khawp khun khrap, Danke schön...
terima kaseh fikri "Thank you in over 465 languages"
Posted by myjourney at 15:18 3 comments
Wednesday, 13 June 2007
Pingan mangkok sudu garfu dirumah orang bukan Islam boleh digunakan-Mufti Perlis
Isu Pinggan Mangkuk Di Rumah Bukan Islam
SOALAN: Sebagai seorang bukan Islam, saya dimaklumkan terdapat juga orang Islam yang berasa tidak selesa berkongsi peralatan dapur seperti pinggan dan cawan di rumah saya. Bagaimanakah Islam memandang persoalan ini?
Jawapan Dr Mohd Asri Zainul Abidin: Mengarut! Apa perlu berkunjung rumah seseorang kenalan bukan Islam kalau kita menganggap tidak boleh makan atau minum di situ? Saya kecewa dengan pentafsiran Islam begini. Agama itu sebenarnya membuatkan kita menjadi lebih bijak. Pandangan ini menjadikan seseorang lebih bodoh.
Selagi sesuatu yang dijamu kepada kita itu halal, maka ia boleh dimakan, sama ada buah, ikan atau sebagainya. Kemungkinan-kemungkinan yang kita tidak nampak itu tidak wajib diambil kira. Kerahmatan ini tidak terhad kepada orang Islam sahaja.
Kalau kita buat baik kepada orang bukan Islam, kita juga mendapat pahala, macam kita memberi sedekah kepada orang bukan Islam. Perkara ini soal keinsanan dan nilai agama yang tamadun.
Tonjolkan imej Islam dalam wajah yang indah agar Islam dipandang sebagai agama yang benar.
Apa kata Ustaz Azmi Abdul Samad: Bagi golongan yang mempersoalkan mengenai pinggan mangkuk yang tidak disertu, sebenarnya hukum menyertu pinggan mangkuk yang terkena daging khinzir juga adalah sebahagian daripada masalah yang dikhilafkan oleh sebahagian ulama.
Yang masyhurnya, seperti yang kita pelajari, pinggan mangkuk tersebut mestilah disertu.
Namun, sebenarnya ada juga sebahagian ulama, termasuk ulama dalam mazhab Syafii, yang berpendapat bahawa pinggan mangkuk sedemikian tidak perlu disertu. Memadai ia dibasuh seperti me nyucikan najis-najis biasa.
Telah berkata Imam Nawawi, seorang alim mazhab Syafii, dalam ensiklope dianya yang bertajuk Al-Majmuk:
'Ketahuilah sesungguhnya bahawa pendapat yang kuat dari segi dalil adalah ia memadai dengan satu kali basuhan tanpa menggunakan tanah. Demikian itu jugalah yang dikatakan oleh ramai ulama yang mengatakan bahawa khinzir itu najis.' (Jilid 2/417)
Ulama fiqah tersebut mengatakan demikian kerana sekiranya diteliti, kita tidak akan menjumpai satu dalil pun dalam Al-Quran atau hadis yang sahih apabila umat Islam disuruh menyertu sekiranya terkena daging babi. Nabi juga tidakmemerintah para sahabat melakukan demikian - berbeza daripada suruhan baginda kalau terkena jilatan anjing.
Namun, saya tidakmenafikan masalah ini agak sensitif kerana ia jarang diketengahkan. Apa yang penting adalah masyarakat perlu faham bahawa hukum menyertu kalau terkena daging babi adalah satu masalah yang tidak disepakati oleh ulama.
Dengan adanya pandangan sebegini, ia akan memberi jalan keluar sekiranya kita menziarahi kawan atau kenalan kita yang bukan beragama Islam.
Ia juga akan dapat menyelesaikanmasalah yang dihadapi oleh sebahagian golongan pekerja kita yang terpaksa makan di kantin kerja atau pusat makanan yang hanya mempunyai satu pusat tempat membasuh yang menggunakan mesin membasuh pinggan mangkuk elektrik.
Namun, memandangkan ramai anggota masyarakat kita masih kurang terdedah kepada isu sebegini, saya tetap menasihati golongan orang bukan Islam supaya memastikan pinggan mangkuk mereka disertu terlebih dahulu atau menggunakan pinggan pakai buang sekiranya ingin menjamu umat Islam dalam sesuatu majlis.
http://cyberita.asia1.com.sg/luarnegara/story/0,3617,96235,00.html?
Begitulah isu ini hangat dibincangkan, soalan ini timbul dari seorang bukan islam kepada multi perlis tersebut, pelbagai pendapat diberi (boleh baca disini dan disini) dan aku telah baca semua posting2 tersebut, mcm2 pendapat yang diberi dan ada juga, perli memerli, tapi kita nak ambil ilmu kan? , so kena ignore mana yang buat kacau tu, tumpu pada org yang benar2 posting nak beri ilmu
ada satu posting yang menarik minat aku seperti mana yang dipost oleh forummer "paler kembang" ni aku share ngan korang..
By Abuyya El-Uthmani in Agama
Published: Tuesday, 10 April 07 - 02:58 AM (GMT +08:00)
Last Updated: Tuesday, 10 April 07 - 03:17 AM (GMT +08:00)
Di sini diperturunkan rencana yang ditulis oleh Ustaz Maszlee UIA berkenaan dengan ijtihad Imam As-Syafie mengenai keperluan menyamak bagi kes melibatkan khinzir (babi). Sedikit pengubahsuaian dilakukan kerana ada ayat-ayat yang agak keras seperti perkataan "doktrin babi al-Syafie" (bagi Abuyya (El-Uthmani) ia agak kasar).
Rencana:
Umat Islam berijmak mengikut pandangan mujtahidin bahawa daging khinzir (babi) adalah haram untuk dimakan seperti yang telah dinyatakan oleh Ibn Mundhir dalam bukunya "Kitab al-Ijmak”( Al-Husni, Kifayatul Ahyar, Beirut : Dar al-Khayr, m.s. 70). Ini berdasarkan firman Allah S.W.T. dalam al-Qur'an, (surah al-An'am : ayat 145),
“Katakanlah (wahai Muhammad): Aku tidak dapati dalam apa yang telah diwahyukan kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya melainkan kalau benda itu bangkai atau darah yang mengalir atau daging babi kerana sesungguhnya ia adalah kotor atau sesuatu yang dilakukan secara fasik, iaitu binatang yang disembelih atas nama yang lain dari Allah. Kemudian sesiapa yang terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang dia tidak mengingininya dan tidak melampaui batas, maka sesungguhnya Tuhan mu Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”
[Rencana asal tidak dimuatkan makna ayat di atas tetapi Abuyya (El-Uthmani) memasukkannya untuk tujuan rujukan].
Ayat tersebut dengan jelas menunjukkan bahawa daging khinzir adalah haram untuk dimakan. Para ulamak juga telah bersepakat bahawa anggota lain dari khinzir seperti tulang, kulit, lemak dan juga darahnya adalah haram untuk dimakan. Hanya Ibn Hazm al-Zahiri sahaja yang mengatakan anggota selain daging khinzir adalah halal dimakan. Pendapat ini walaubagaimanapun adalah pendapat yang syaz (ganjil) dan tidak diterima oleh jumhur (majoriti) umat Islam.
(Komen Abuyya: Ibn Hazm al-Zahiri adalah pengasas Mazhab Zahiri yang tidak berkembang kerana tidak ada pengikutnya yang mengembangkan fahaman beliau. Beliau mengambil dan mentafsirkan ayat al-Qur’an mengikut lafaz zahir tanpa takwil)
Para ulamak Islam juga ittifaq (bersepakat) tentang kenajisan daging khinzir dan juga segala yang bersumberkan khinzir. Walaubagaimanapun mereka berselisih pendapat dalam tiga perkara, yang pertama dalam kategori najis apakah ia najis mughallazah ataupun mutawassitah. Yang keduanya, cara bagaimanakah untuk menyucikannya, dan ini bergantung kepada kategori manakah ianya dianggap sebagai najis. Yang ketiga , mereka juga berkhilaf samada kulit khinzir, rambutnya dan juga tulangnya dan mana-mana bahagiannya adakah boleh digunakan setelah disucikan melalui proses dibagh (samak dengan air kapur atau tanah liat atau dengan benda yang tajam).
Jumhur ulamak berpendapat ianya tergolong dalam najis mutawasitah yang hanya memerlukan basuhan sekali sahaja jika tersentuh dengannya. Ianya sama seperti kenajisan darah, luka, nanah, tahi dan juga kencing. Bagi Imam al-Syafie pula, beliau berpendapat bahawa ianya adalah najis mughallazah yang sama sifat kenajisannya dengan anjing yang memerlukan tujuh kali basuhan, dan sekali basuhan dengan air tanah . Pendapat inilah yang menjadi pegangan majoriti pengikut mazhab Syafie, kecuali Imam al-Nawawi dan juga yang bersependapat dengan al-Nawawi(Al-Sya'rani, al-Mizan al-Kubra, Beirut: Dar al-Kutub al'Ilmiah, Cetakan Pertama, 1998M, jil. I, m.s. 138).
Mengenai isu penggunaannya pula, jumhur ulamak melarang pengunaannya samada sebagai perhiasan, beg, kasut, pakaian dan sebagainya kerana ianya adalah najis (walaupun mutawasitah). Bagi sebilangan ulamak Malikiyyah, Abu Daud al-Zahiri dan juga al-Syawkani, mereka melihat tidak ada kesalahannya untuk menggunakannya jika ianya telah melalui proses dibagh.
Yang menjadi pokok perbincangan di sini ialah mengenai kenajisannya dan juga cara menyucikannya yang menjadi satu bebanan kepada umat Islam di Malaysia dan juga dalam sesetengah keadaan menjadi benteng pemisah selamanya antara kaum di Malaysia.
Doktrin yang membebankan ini sebenarnya hanyalah ijtihad Imam Syafie yang menqiyaskan kenajisan khinzir dengan kenajisan anjing dengan kaedah 'qiyas awla'nya (Al-Syafie, Kitab al-Umm, Beirut : Dar Makrifah, 1393H, jil. 1, m.s. 9). Logiknya menurut beliau, jika anjing yang tidak disebut pengharamannya secara jelas di dalam al-Qur'an wajib disucikan kenajisannya dengan cara samak tujuh kali basuhan dengan basuhan pertamanya menggunakan tanah berdasarkan hadith riwayat Abu Hurairah yang direkodkan sahih oleh Muslim di dalam kitabnya al-Jami' ai-Sahih" atau sahih Muslim, Beirut: Dar al-Ihya’ al-Turath al-Arabi,jil. 1 m.s. 161), maka khinzir yang telah diharamkan secara jelas di dalam al-Qur'an lebih utama untuk disucikan kenajisannya dengan cara tersebut.
Atas dasar inilah majoriti pengikut mazhab Syafie sehingga ke hari ini menganggap kenajisan khinzir adalah sama atau lebih berat dari kenajisan anjing.
Bagi jumhur (majoriti) umat Islam pula hadith Abu Hurairah yang berkaitan dengan cara menyucikan kenajisan anjing jika anjing adalah semata-mata untuk anjing dan bukan untuk selainnya. Menurut mereka pengharaman daging khinzir (surah al-Maidah (5): 5) adalah berkaitan dengan persoalan makan dan tiada kena mengena dengan cara menyucikannya. Tambahan pula dalam ayat tersebut bukan hanya daging khinzir yang diharamkan, bangkai dan juga darah disebutkan bersama dengannya. Persoalannya mengapa qiyas yang sama tidak digunakan untuk menggolongkan darah dan bangkai bersama anjing dan khinzir sebagai najis mughallazah ?
Yang lebih menarik lagi Abu Hurairah juga telah meriwayatkan hadith yang menunjukkan cara menyucikan bijana yang . dijilat kucing dengan 3 kali basuhan. Mengapa tidak kucing pun digolongkan dalam najis mughallazah juga?
Kesimpulannya ijtihad ataupun pendapat Imam Syafie dalam persoalan cara menyucikan najis khinzir adalah tidak kuat dan tidak konsisten. Terdapat juga di kalangan imam mujtahid dalam mazhab Syafie yang menyangkal pendapat beliau dan bertegas menyatakan bahawa cara penyucian kenajisan khinzir adalah cukup sekadar basuhan sahaja sepeti najis-najis mutawasitah yang lain (kencing, tahi, darah dan bangkai). Antara yang terkenal dengan pendapat sedemikian ialah Imam al-Nawawi (Al-Nawawi, op.cit ,jil. 4, m.s.604). Pendapat beliau ini adalah sama seperti pendapat majoriti umat Islam dan amat bertepatan dengan dalil.
Sayangnya sebilangan besar pengikut mazhab Syafie termasuklah majoriti umat Islam di Malaysia amat berpegang kuat dengan pendapat Imam Syafie yang amat ganjil ini. Dalam keadaan kehidupan bersama rakyat berbilang bangsa dan juga dalam keadaan musafir ke negara di mana umat Islam adalah minoriti doktrin ini amat membebankan umat Islam. Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa ianya akan semakin menjauhkan bukan Islam dari Islam, malah di kalangan umat Islam sendiri pun akan jauh dari Islam kerana doktrin ini.
Sebagai contoh yang amat melucukan ialah bagaimana sebuah restoran milik bukan Islam yang telah dibeli oleh seorang peniaga muslim sekitar tahun 90'an di Pahang. Majalah aI-Islam telah merakamkan bagaimana mereka telah membasuh seluruh kedai tersebut dengan air tanah. Bayangkan bagaimana jika seseorang muslim membeli rumah pangsa atau kondominium dari seorang bukan Islam ? Bagaimanakah dia ingin membasuhnya dengan air tanah , bayangkan lagi jika rumah tersebut di tingkat 30 – pastinya pihak pengurusan kondominium tersebut akan mengamuk dan seluruh kondominium akan banjir!!
(Komen Abuyya: Ketika abuyya menjadi Pengerusi Syarikat Halagel Sdn Bhd (semasa masih menjadi anak syarikat TDM Terengganu), abuyya melihat laporan penglibatan Pengurusan Halagel bersama pegawai JAKIM menyamak kilang di Mongolia yang bakal digunakan untuk mengeluarkan kapsul gelatin halal melalui ‘contract manufacturing’ di sana. Oleh kerana pihak mereka mahukan peluang perniagaan, mereka mengikut kehendak kita untuk menyamak seluruh kilang. Difahamkan kerjanya agak rumit dan ada sebahagian peralatan mengalami kerosakan).
Antara yang menjadi bebanan juga ialah keadaan saudara baru yang masih tinggal dengan keluarganya. Sering kita dengar suara-suara sumbang yang menyuruh saudara-saudara baru untuk meninggalkan keluarga mereka. Mana tidaknya, doktrin al-Syafie ini (perihal khinzir ini) mengatakan mereka tidak boleh makan di rumah kerana pinggan mangkuknya ada najis dan mesti disamak. Rumahnya ada kesan khinzir, maka dia tidak boleh bersolat di dalamnya, emaknya dan bapanya makan khinzir, maka dia tidak boleh bersalaman apatah lagi mencium dan memeluk mereka. Bekas minum tidak boleh digunakan lagi kerana ada kesan khinzir, pendek kata jika seseorang itu masuk Islam bukan hanya agama dan akidah lamanya sahaja, malah dia terpaksa atau dipaksa untuk meninggalkan keluarga, rumah, saudara mara dan jika tidak keterlaluan ibu bapa mereka. Maka terjawablah persoalan mengapa tidak ramai orang bukan Islam ingin memeluk Islam!
(Pengalaman Abuyya: pernah membantu 2 gadis Cina dan seorang pemuda India untuk memeluk Islam…masalahnya mereka terpaksa berpisah dengan keluarga dan tak dapat berdakwah kepada mereka untuk memahami dan memeluk Islam…paling tidak menghormati anak-anak mereka. Ada insiden yang menyebabkan bermasam muka dengan ibu bapa. Ada satu kes di Sabah, seorang Muslim yang tinggal dengan bapanya bertanyakan Abuyya bagaimana ia nak samak rumahnya dan segala peralatan sedangkan ayahnya yang tinggal bersamanya memakan khinzir setiap hari dan menyentuh semua peralatan termasuk remote controlleh TV. Secara praktikal beliau merasakan begitu sukar untuk melakukannya. Abuyya menyarankan beliau tinggal di tempat lainnya tetapi katanya ayahnya agak tua dan beliau menjaga kedai runcit ayahnya dan juga kebajikan ayah beliau.).
Contoh yang lebih teruk lagi jika golongan yang mendokong doktrin al-Syafie ini ke negara majoriti bukan Islam yang kuat makan khinzir seperti Filipina, Jepun, Korea, Taiwan, Jerman dan negara - negara seumpamanya. Yang pasti mereka tidak akan boleh duduk di. kantin, mereka tidak boleh makan di kedai-kedai makan walaupun mereka tidak memakan khinzir, mereka tidak boleh tinggal di rumah sewa kecuali selepas disamak, mereka tidak boleh menziarahi rakan-rakan mereka yang bukan muslim dan akhimya mereka hanya akan menjauhkan manusia-manusia lain dari Islam itu sendiri. Relevan lagikah ijtihad al-Syafie yang semata-mata merupakan pandangan peribadinya sahaja yang boleh jadi salah?
(Komen Abuyya: Perbincangan ini tidak seharusnya diambil sebagai pegangan kepada kita yang bermazhab Syafie kerana siapalah kita yang hanya bertaraf ‘muqallid’ (pengikut) jauh dari mencapai taraf Mujtahid Mutlaq seperti Imam Syafie. Cuma kita meminta para mufti yang arif untuk membincangkan semula isu ini kerana sebagai para ilmuwan mereka tidak sepatutnya menjadi muqallid tetapi menjadi mujahid mengikut kadar kemampuan walaupun tidak mencapai taraf mujtahid mutlaq. Saya cukup berhati-hati dalam bab hukum kerana ia membabitkan soal dosa pahala. Tulisan ini Cuma membuat pendedahan tentang pandangan para ulamak mujtahid, selebihnya kena merujuk kepada pihak yang bertanggungjawab. Wallahu a’lam.)
Persoalan ini memerlukan jawapan segera terutamanya daripada kalangan ustaz-ustaz generasi baru yang telah terdedah kepada pembelajaran "Fiqh Muqarin" dan berfikiran terbuka. Penyelesaian segera demi menyelamatkan umat Islam di Malaysia daripada terus dibebani dan disusahkan dengan doktrin ini.
(Komen Abuyya: Isu ini sangat sensitif tetapi kita perlu membuka minda untuk tujuan perbincangan ilmiah kerana masalah fiqh adalah sesuatu yang boleh berubah berdasarkan keadaan dan suasana. Sebab itulah Syafie sendiri mempunyai qaul qadim dan juga qaul jadid). Artikel ini bukan satu fatwa tetapi satu lontaran minda oleh Ustaz Maszlee. Abuyya tidak berfikir Ybhg Ustaz memperlekehkan pandangan Imam Syafie tetapi lebih kepada perbandingan antara Mazhab dan cuba mendapatkan pandangan yang paling rajih. Kalau dalam bab muamalat, di Malaysia tidak banyak berpegang kepada pandangan Syafie kerana sifat berhati-hati Imam as-Syafie dalam berhukum. Banyak produk dalam pasaran Islam mengambil pandangan mazhab lain...Di sinilah perlu para ulamak di Malaysia bermuzakarah atas persoalan yang dilontar oleh Ustaz Maszlee mengenai hal ini sebagaimana dalam hal kanun keluarga yang tidak mengikut as-Syafie 100%. Islam itu mudah dan tidak memberatkan tetapi tidak boleh diambil mudah dan ringan. Abuyya banyak membuat kajian perbandingan mengenai mazhab dalam kertas-kertas kerja untuk pegajian syariah...cukup menarik bagaimana para ulamak beristinbat (takhrij) sesuatu hukum. Bagi tahap ilmu yang ada pada Abuyya, diri ini belum mampu untuk mencapai taraf mufti apa lagi untuk menidakkan kehebatan as-Syafie. Apa pun sesuatu pandangan adalah hak seseorang tetapi perlu menilai sejauh mana ilmu kita sehingga kita mampu untuk berfatwa. Buat masa ini jadilah Abuyya seorang muqallid (taqlid) tetapi akan berusaha untuk meningkat diri ke tahap yang lebih tinggi dari muqallid. WALLAHU A'LAM)
dari posting "paler kembang" di muka surat ini
Posted by myjourney at 17:10 4 comments
Monday, 11 June 2007
Gila gadget
Dah byk hari tak update, tak tahu nak letak apa, hari ni tgh surf flickr forum terjumpa kartun ni, insaf kejap... hehehe... layaaaaaaaaaaaaaaaan....
Cadang nak beli Tamron 17-50mm F/2.8, sekarang dah ada 50mm F/1.8D dan 18-55mm, mungkin aku kena pk balik kena full utilize lens 18-55mm dulu bak kata kenrockwell "It's cheap and works great. It's sharp, doesn't have much distortion, zooms easily to any exact setting focuses silently, closely and reasonably fast. Nikon never ceases to amaze me with cheaper and cheaper lenses made with more and more plastic that outperform older designs that look tougher and cost more. Nikon's been making Nikkor lenses since 1932 so they know a trick or two." disini dan flickr disini
comic credit to: www.whattheduck.net
Posted by myjourney at 21:00 1 comments
Wednesday, 6 June 2007
Aqilah remind me something
lagi 5 hari aqilah dah cukup 1 tahun 10 bulan, Dia sekarang suka take over aku punya laptop, tgk youtube shin chan dan nyanyi abc, paling berkesan shin chan gosok gigi, dia pun nak tiru shin chan tu, tp kartun shin chan ni kena pandai memilih, kalo tak kena gaya ada yang buat penat kita nanti, byk pulak alasan dia nak bagi nanti. Selain tu aku tersentuh jugak dgn satu kejadian ni, aku nak pakaikan seluar, tp dalam kalut2 la, aku main masuk saja kaki kiri dulu, tp dia taknak masukkan kaki tu, dia masukkan kaki kanan dulu, aku nak cepat marah jugak la, tp tetiba aku terpikir, eh anak aku ni nak masuk kaki kanan pakai seluar, kira bagus la tu, dahulukan yang kanan utk benda yang baik2. Senyum sorang2 jugaklah aku, napa la aku paksa2 dia mcm tu, sedangkan dia pun buat benda yang baik, "aku belajar sesuatu dari anak aku hari tu", bebudak ni innocence buat benda baik dan ikhlas pada asalnya, kitalah yang mencorak dan jadi teladan kepada mereka.
Macam as selalu cakap kat aku, kalo nak tanya pasal muka kita, atau penampilan kita, tanya la kat bebudak. comei ja jawapan dan peratusan ikhlas tu lebih byk dari bertanya dekat org dewasa. Apa pun ada lagi org ikhlas kat dunia ni, itu yang penting. Selain dari diatas, aqilah pun dah mcm skema, balik dari kering baju dia dah tau kena lipat2 kain tu, ada satu hari tu dia paksa kami berdua lipat sebab dia ingat rutinnya mcm tu, dan kalo lepas mkn, dia tolong bawa semua pinggan mangkuk ke sinki, dan paling terharu, kalo aku dah abis mkn, dia pun sekali la angkat pinggan dia mkn ke sinki, sudah katanya...
aduhai my little story....
Posted by myjourney at 17:37 4 comments
Saturday, 2 June 2007
Hari ni, aqilah melukis lagi
Aqilah melukis lagi, dia ni memang susah sungguh nak tgk tv, cuma semalam ja sungguh2 tgk tv, pasal ada dokumentari hidupan laut dekat2 kawasan pantai, mulut nyok nyek nyok nyek pot pet pot pet tak renti2 betui, sampai la kena tutup tv sebab dah malam sgt, suara dia kepoh cam murai.
Ini gambar atas yang dia ada lukis 2 hari lepas
Posted by myjourney at 14:50 2 comments
Friday, 1 June 2007
From toulouse with love to manchester & Scotland
Begitulah cadangnya kami akan melawat kawan2 di pulau atas sana tu, harap semuanya ok. Kalo ikut perancangan beginilah aturcaranya;-
Sebelum route satu scotland walaupun tak sepenuhnya, hehehe, 2 hari sebelum tu kami ronda2 manchester dulu cadangnya, seterusnya bermulalah sesi travel scotland...
Day 1: Manchester-Glasgow-St Andrew- Aviemore (Bermalam)
Day2 : Aviemore-Inverness-Fort William- Glasgow (Bermalam)
Day 3 : Glasgow-Edinburgh-York-sampai kat manchester.
Total Distance: 926.9 miles, Total Time: 15 hours 35 mins (approx.) begitulah mesin google maps kira utk aku kali ni.
Wish we're well enjoy for this journey.
p/s: Am & Nurul ada apa shilap, leh korang bisik2 perbetul ye..
Posted by myjourney at 12:28 2 comments