"Househusband"...
Begitulah jawatan tak rasmi aku disini, tugasnya menjaga rumah dan menjaga anak. Dari umur anak aku setahun sebulan sampailah sekarang dan hampir setahun 10 bulan. Tugas ni nampak mudah, tp sebenarnya tak semudah dijangka. Bayangkanlah kita pernah bekerja, kerja berat gak la, pindah kapal terbang, angkat komputer, pindah makmal dll, tetiba kena duk rumah, buat kerja rumah. Mati akal jugaklah masa awal2 dulu, internet tak ada, tv lepas 3 bulan tu baru ada. Tetiap hari bangun pagi, bersih anak, waktu tu dah ada rasa sejuk2, masak main campak apa yang patut dalam periuk, yang penting apa aqilah nak makan hari ni. Pastu start la rutin harian aku, main ngan aqilah, lukis2 dan ajar abc, mengemas ni aku tak berapa pandai, buat sikit2 saja. Masa tu dia tak pandai conteng lagi, ada tokey kedai buku disini hadiahkan buku katalog barang permainan utk christmas,tebal buku tu, byk pulak mainan dalam tu. Jadi aku ajar la mana yang aku dapat ajar.. kenal2 bentuk dlm buku tu..
Terasa sgt rendah diri tu memang ada, "hang tak kerja ke, best la hang goyang kaki duk rumah, kira rileks la" dan yang seangkatan maksud dengannya, begitulah usik2 suara2 kecil tu. Hanya org yang berada ditempat tu yang akan faham bagaimana rasanya kalo dah diulang acap kali, duduk dirumah menjadi penjaga rumah, bukannya seindah dan semudah yang dijangka. Tak caya boleh cuba, ambiklah cuti selama sebulan . Tujuh bulan yang lalu lepas makan terus nak lelap, pukul 8 dah tido. Itulah aku respek sgt, suri2 rumah ni, bagi aku kerjaya surirumah sepenuh masa ni memang agak mencabar, bangun pagi dah cadang apa nak dibuat dan apa yang kena dibuat dan handle karenah anak2 dan terima kasih jugaklah kerana dalam seumur hidup aku dapat merasa pengalaman ni, Jadi pelajaran hari ini "aku kena hormat setiap pekerjaan org lain tu hatta pemungut sampah sekalipun", bukan sebelum ni aku tak hormat. Cuma kali ini aku tambah satu lagi pemahaman kenapa perlu rasa menghormati tu... masing2 ada peranan dan masing2 berada disituasi yang berbeza2.. di dunia ni..
Thursday, 31 May 2007
Househusband vs technician
Posted by myjourney at 23:17 5 comments
Wednesday, 30 May 2007
Mainan
Semalam aku tak sempat nak tulis blog, dan aku rasa tulis blog ni tak semestinya tiap2 hari, kalo ada benda nak ditulis baru nak letak. Semalam aku balik, makan malam terus tido, badan dah penat sgt , sehari berjalan2 beli barang nak pergi ke UK. Beli sikit2 saja, mana yang tak ada lagi, t-shirt, stoking. Stoking yang ada ni dah buruk sgt. Mama pun beli dan aqilah pun ada beli, mama belikan aqilah stetoskop, cadangnya nak bagi aqilah main2, tp yang dibeli tu boleh berfungsi dgn betul, siap ada warning lagi boleh mencederakan anak telinga, tak sesuai utk budak 3-6 bulan, hanya utk budak 5 tahun keatas.Jadi simpan aja la benda tu utk aqilah nanti2. Aku ada beli life jacket utk aqilah, itu pun utk dia nanti la, nampak cam murah pulak benda tu sini.
Berkenaan dgn alat mainan kat sini, bykkkk dan berpatutan dgn gaji sgt. Contoh kalo org kat sini gaji dalam 1000 euro . Harga baru dalam 30-40 euro dan ada jugaklah yang mahal, yang mahal tu biasanya besar bangat la. Mainan yang dijual kat sini ada macam2 kalo bebudak minat jadi doctor ada alat mainannya, budak minat veterinar ada mainannya, nak jadi chemist ada mainannya, Jadi pada pendapat aku yang tak seberapa hebat ni, benda mainan ni walaupun tak betul, seakan2 betul byk membantu budak2 kat sini membina karektor masing2, ibubapa tolong guide kan saja. Walau kita fikir apa la sangat globe mainan tu, tp kalo ada bagus, mana la tau anak kita ni simpan hasrat nak pergi mana2 tempat dalam globe tu,begitu juga mikroskop, boleh la dia tahu benda2 cantik yang sekecik2 alam tu yang tak pernah dilihat matakasar. Besar sungguh ciptaan tuhan. My wish list utk diletakkan dalam umah aku nanti, jikalau dibenarkan dari ongkosnya ialah mikroskop, globe dan teleskop. Hehehhe... jangan aku pulak lingkop poketnya...
Posted by myjourney at 14:02 0 comments
Sunday, 27 May 2007
PDA
Hari ni aku nak cerita pasal pda yang aku dah beli. Dah selamat pun sampai kat UK. Terima kaseh kepada Faz terutamanya mak dan ayahnya kerana bawa pda tu ke eropah. Hehehe.. kenapa tak beli ja kat sini, kan kat sini pun ada jual juga, ini sebabnya selepas survey sana sini, aku dapati kat sini PDA tu dalam bahasa perancis ( dan kalo dah dalam bahasa perancis tu, dia punya firmware dalam french, aku tak pandai french, nak tukar firmware kena hantar balik ke pusat servis dia, dan aku pun tak pasti boleh ka pusat servis dia tukar dari french kepada english dan berapa pulak kos dia kalo boleh), kalo aku beli dekat UK harganya mahal byk dan dapat low spec dari aku beli sekarang , kebetulan masa aku beli tu , kat malaysia tgh buat promosi, dapat less 600 ringgit. Jadi aku beli la kat sana, aku tambah lagi satu bateri (backup bateri ni) dan charger utk traveller dan juga skrin protection. Kenapa aku beli PDA ni, atas nasihat kawan aku dia cakap mcm ni "takyah la beli, aku tgk yang beli tu, address book pun kosong, last2 jual sebab tak guna". Hehehe, nanti kalau aku tak guna aku jual kat korang la ya
Begini kisahnya, aku ni dah start kumpul duit belanja umah dari waktu datang hari tu sampai la bulan 4 hari tu, ada la dalam 300 euro, berkat berjimat cermat tu, ada lebih aku simpan. Bini aku dah beli nokia n70, pasal hp dia takleh nak guna call kg , sim kad tak support hp dia. Jd dia pun suruh la beli sama model dengannya. Aku ni nak beli, tp pikir2 waktu sampai tu aku dah beli hp nokia 30 euro. Aku ni tak melaram sgt pasal hp ni, hp kat malaysia pun hp basic ja, sampai pecah, jatuh dalam jamban "ya dalam jamban, pasrah ja aku ambik cuci". So apa aku nak beli dgn 300 euro ni. Kamera dah dpt, DSLR dah tu, so pikir punya pikir, terminat pulak tgk car GPS, mudah sungguh org sini nak kemana2, tekan butang, pastu ikut la cakap mesin tu. Memula sampai negeri org. nak tahu kemana pun tak tahu, dari situ la aku terperasan, aku ni berbakat pulak cari arah, ceh nak harapkan "as", taiping kg dia pun lupa jalan, ntah2 kami dah sesat ke belanda dah kot, "belanda best ada tulip". Cari arah guna peta, byk jugak la tempat sini aku dan family jelajah guna peta tu, jln kaki dan naik bas.
Tp, nak beli gps, aku rasa tak berbaloi sgt, aku tak ada kereta camana nak guna.Lagipun guna utk pandu arah saja, lain dia takleh nak buat, mcm rugi la pulak, survey punya survey, rupanya ada add-on gps utk pda. Apa lagi, berkenan la aku, lagi satu selapas survey rupa2nya byk benda leh buat ngan pda ni. Yang pasti dah dibuktikan dia boleh bertukar menjadi remote control tv, control pc, nanti2 aku nak try soh remote tu masak utk aku pulak, basuh kain dll, harap2 berjaya la percubaan tu nanti..
Ini my wish software utk pda aku:
- GPS add-on utk pejalan kaki punya( ni kena lain kali kot, budget dah abis, kena start kumpul balik buat masa ni aku letak peta dalam bentuk pdf saja la).
- Translation software yang penting FRENCH<-->ENGLISH<
>, dan lain2 translation SPAIN, GERMAN ETC (sampai sini baru aku faham betapa pentingnya menguasai bahasa tu, susah yang amat tak tahu bahasa ni, pda ni nanti akan aku buat sebagai language tools aku dan juga sebagai translator gadget aku :) , nak beli translation device mahal wooo ). - PDA boleh main mp3, kira yang ni, aku guna sebagai mp3 player aku la, ganti IPOD hehe.
- Skype, senang aku nak skype nanti2, cari Wifi port ja hehehe..
- Daily expanses , yang ni aku nak guna utk track aku punya belanjawan harian.
lain kali kalo aku nak datang europe nak backpack ngan wife, harap2 la mesin pda ni ada lagi ;)
Posted by myjourney at 18:50 3 comments
Friday, 25 May 2007
Financial Freedom
Financial Freedom
Kebebasan kewangan ini bermakna bagi tafsiran aku, bebas dari segala beban hutang, dah boleh menggunakan wang sesuka hati selepas tu (hehehehe)
.... mari kita tgk contoh dibawah...
Salah satu perkara pokok dlm Financial Freedom ialah saving. Dan kenapa perlu buat saving seawal mungkin??
Contoh:
Ahmad dan Bakar merupakan dua orang sahabat rapat, sebaya, dan kedua-dua mereka mula bekerja ketika berumur 25 tahun. Ahmad merupakan seorang yang sentiasa membuat persediaan untuk masa depan dan mula menyimpan sebanyak RM1,000 setahun ketika berumur 25 tahun, dan berhenti menyimpan selepas 10 tahun. Dan simpanan itu dibiarkan di dalam akaun. Tetapi Bakar pula seorang yang suka berlengah-lengah dan hanya menyimpan setelah berumur 34 tahun, juga sebanyak RM1,000 setahun dan berterusan menyimpan selama 23 tahun.
Akhirnya, ketika mereka berdua berumur 56 tahun, Ahmad mempunyai simpanan sebanyak RM142,685, walaupun jumlah asal yang disimpan hanyalah RM10,000. Manakala simpanan Bakar hanyalah RM87,489, walaupun jumlah asal simpanan Bakar adalah lebih banyak daripada Ahmad iaitu sebanyak RM23,000. Dan akhirnya Bakar menyesal kerana kerana bertangguh di dalam menyimpan, dan memarahi kawannya Ahmad kerana tidak menasihatinya untuk menyimpan lebih awal.
Kesimpulan kisah di atas, menyimpanlah seawal mungkin, sikap bertangguh-tangguh kita boleh melibatkan kerugian nilai yang besar pada masa hadapan.
*Ilustrasi di bawah adalah dipermudahkan, dengan mengambil kira purata pulangan sebanyak 10% p.a (setahun). Sumber: Financial Freedom - Your Guide To Lifetime Financial Planning.
kredit to shahgti: forum cari
selanjutnya disini
Posted by myjourney at 07:52 4 comments
Thursday, 24 May 2007
Hari ni aku nak cerita pasal sistem sampul, sistem aku telah apply selama sebulan, alhamdulillah menampakkan hasil, dalam seminggu ada boleh simpan 10-20 euro. Selain dari itu dari forum yang aku baca, aku dapat tau beberapa tips lagi:
- catat semua perbelanjaan harian selama 3 bulan, pastu check balik mana2 perbelanjaan tak perlu. lagipun tujuan catatan ni nak tgk gaya perbelanjaan harian kita. Kita boleh tau rentak berbelanja dan buang mana yang tak perlu.
- Duit syiling tu, takyah guna semua utk beli balik barang, bawak yang perlu saja, lagipun berat. Boleh dapat 10-20euro sebulan kalo kena gaya menyimpan.
Dave Ramsey's Envelope System
On a budget? Still over-spending? Trying to figure out the best way to organize your finances and spend wisely?
You Need a Simple System
I found out that Grandma's way to handle money still works. People used to always use cash envelopes to control their monthly spending, but very few do in today's card swiping culture. The envelope system is a key component of the Total Money Makeover Plan because it works. Here are a few simple rules for starting a cash envelope system.
1. Budget each paycheck. Budget is a dirty word to most people, but you must budget down to the last dime if you're going to successfully implement the envelope system.
2. Divide and conquer. Of course, there will be budget items that you cannot include in your envelope system, like bills paid by check or automatic withdraw. However, you can create categories like food, gas, clothing and entertainment.
3. Fill 'er Up. After you've categorized your cash expenses, fill each envelope with the money allotted for it in your budget. For example, if you allow $100 for clothing, put $100 in cash in your clothing envelope for the month.
4. When it's gone, it's gone. Once you've spent all the money in a given envelope, you're done spending for that category. If you go on a shopping spree and spend the $100 in your clothing envelope, you can't spend any more on clothes until you budget for that category again. That means no visits to the ATM to withdraw more money!
5. Don't be tempted. While debit cards can't get you directly into debt, if used carelessly, they can cause you to over-spend. There's something psychological about spending cash that hurts more than swiping a piece of plastic. If spending cash whenever possible can become a habit, you'll be less likely to over-spend or buy on impulse.
6. Give it time. It will take a few months to perfect your envelope system. Don’t give up after a month or two if it's not clicking. You'll get the hang of it and see how beneficial the envelope system is as you dump debt, build wealth, and achieve financial peace! See....simple!
Certainly, some bills may come in at different times of the month, so you'll need to adjust your written game plan to take it one step further. You need to plan the budget based upon your pay periods.
Say that you get paid twice a month. If you can write down which bills you plan on paying from each paycheck, you will not be left with a surprise bill. Spend each month's income and each individual paycheck on paper BEFORE it comes in.
Have Some Fun
I also have no problem with you adding an envelope with money just to "blow." As long as you and your spouse have agreed on it, you are fine. There should be no lying. Agree on your budget, agree on your blow money, and be open. Blow money can be anything you want it to be. There are no rules on that envelope, unlike money in the "entertainment" envelope that is used specifically for entertainment.
Nak Jimat lagi boleh baca disini
Posted by myjourney at 09:37 1 comments
Wednesday, 23 May 2007
sebelum nak tulis byk2 selamat berhibur dengan video ni
History
A video on YouTube was released on September 22, 2006, and by December 2006, had gained over ten million views. According to the video summary, it was recorded in Sydney. In the video, the main character who is giving out hugs, (identified as "Juan Mann", a pseudonym ), walks through the Pitt Street Mall holding up a sign with the words FREE HUGS written on it. Music for the video is provided by Sick Puppies, an Australian band that "Mann" met a year earlier. Shimon Moore, the lead singer of the Sick Puppies who worked at the mall, shot the footage which he later compiled into a video for the song. In a news interview, Moore said that when he found out that Mann's grandmother had just passed away, Moore compiled his Free Hugs video footage, which had remained untouched since he filmed it, into a get-well, spirit lifting offering. He combined the footage with his band's song "All the Same" and sent the video to Mann just to make him feel better, much like Mann's intention with his Free Hugs campaign.
Initial distrust of Juan's motivations gives way to a gradual increase of people willing to be hugged, with other huggers (male and female) helping distribute them. After some time, security guards, then police tell them they must stop, as Mann has not obtained $25 Million in public liability insurance for his actions.Mann and his companions used a petition to attempt to convince authorities that his campaign should be allowed to continue without the insurance. His petition reached 10,000 signatures, and he submitted it and was allowed to continue giving free hugs.
source credit to: http://www.answers.com/free%20hugs
Posted by myjourney at 15:13 0 comments
#1 posting
salam semua, ini first posting, baru berkenalan dengan blog ni, sebelum ni byk tertanya2 apa agaknya kegunaaan blog ni ya... nak cakap, nak tulis,nak bagi org tgk ke, tempat meluahkan perasaan..., apa pun baru aku sedar, catatan tentang hidup itu penting, utk diingati. Mungkin hari ini kita tak perlu pikirkan apa yang terjadi, tetapi mungkin ada masanya kita gembira utk mengingati hari ini.
cukup lah rasanya utk kali pertama ni nanti2 karang aku taip lagi
Posted by myjourney at 14:07 3 comments