Hari ni aku nak cerita pasal pda yang aku dah beli. Dah selamat pun sampai kat UK. Terima kaseh kepada Faz terutamanya mak dan ayahnya kerana bawa pda tu ke eropah. Hehehe.. kenapa tak beli ja kat sini, kan kat sini pun ada jual juga, ini sebabnya selepas survey sana sini, aku dapati kat sini PDA tu dalam bahasa perancis ( dan kalo dah dalam bahasa perancis tu, dia punya firmware dalam french, aku tak pandai french, nak tukar firmware kena hantar balik ke pusat servis dia, dan aku pun tak pasti boleh ka pusat servis dia tukar dari french kepada english dan berapa pulak kos dia kalo boleh), kalo aku beli dekat UK harganya mahal byk dan dapat low spec dari aku beli sekarang , kebetulan masa aku beli tu , kat malaysia tgh buat promosi, dapat less 600 ringgit. Jadi aku beli la kat sana, aku tambah lagi satu bateri (backup bateri ni) dan charger utk traveller dan juga skrin protection. Kenapa aku beli PDA ni, atas nasihat kawan aku dia cakap mcm ni "takyah la beli, aku tgk yang beli tu, address book pun kosong, last2 jual sebab tak guna". Hehehe, nanti kalau aku tak guna aku jual kat korang la ya
Begini kisahnya, aku ni dah start kumpul duit belanja umah dari waktu datang hari tu sampai la bulan 4 hari tu, ada la dalam 300 euro, berkat berjimat cermat tu, ada lebih aku simpan. Bini aku dah beli nokia n70, pasal hp dia takleh nak guna call kg , sim kad tak support hp dia. Jd dia pun suruh la beli sama model dengannya. Aku ni nak beli, tp pikir2 waktu sampai tu aku dah beli hp nokia 30 euro. Aku ni tak melaram sgt pasal hp ni, hp kat malaysia pun hp basic ja, sampai pecah, jatuh dalam jamban "ya dalam jamban, pasrah ja aku ambik cuci". So apa aku nak beli dgn 300 euro ni. Kamera dah dpt, DSLR dah tu, so pikir punya pikir, terminat pulak tgk car GPS, mudah sungguh org sini nak kemana2, tekan butang, pastu ikut la cakap mesin tu. Memula sampai negeri org. nak tahu kemana pun tak tahu, dari situ la aku terperasan, aku ni berbakat pulak cari arah, ceh nak harapkan "as", taiping kg dia pun lupa jalan, ntah2 kami dah sesat ke belanda dah kot, "belanda best ada tulip". Cari arah guna peta, byk jugak la tempat sini aku dan family jelajah guna peta tu, jln kaki dan naik bas.
Tp, nak beli gps, aku rasa tak berbaloi sgt, aku tak ada kereta camana nak guna.Lagipun guna utk pandu arah saja, lain dia takleh nak buat, mcm rugi la pulak, survey punya survey, rupanya ada add-on gps utk pda. Apa lagi, berkenan la aku, lagi satu selapas survey rupa2nya byk benda leh buat ngan pda ni. Yang pasti dah dibuktikan dia boleh bertukar menjadi remote control tv, control pc, nanti2 aku nak try soh remote tu masak utk aku pulak, basuh kain dll, harap2 berjaya la percubaan tu nanti..
Ini my wish software utk pda aku:
- GPS add-on utk pejalan kaki punya( ni kena lain kali kot, budget dah abis, kena start kumpul balik buat masa ni aku letak peta dalam bentuk pdf saja la).
- Translation software yang penting FRENCH<-->ENGLISH<
>, dan lain2 translation SPAIN, GERMAN ETC (sampai sini baru aku faham betapa pentingnya menguasai bahasa tu, susah yang amat tak tahu bahasa ni, pda ni nanti akan aku buat sebagai language tools aku dan juga sebagai translator gadget aku :) , nak beli translation device mahal wooo ). - PDA boleh main mp3, kira yang ni, aku guna sebagai mp3 player aku la, ganti IPOD hehe.
- Skype, senang aku nak skype nanti2, cari Wifi port ja hehehe..
- Daily expanses , yang ni aku nak guna utk track aku punya belanjawan harian.
lain kali kalo aku nak datang europe nak backpack ngan wife, harap2 la mesin pda ni ada lagi ;)
3 comments:
nnati leh diskusi ngn hang paal benda2 ni ..wekekek
takdak hal nurul, boleh aja pass knowledge yang mana aku tahu..
fuhh backpack..backpack without backpack boleh ke? berat lorrr
Post a Comment