Friday, 25 May 2007

Financial Freedom

Financial Freedom

Kebebasan kewangan ini bermakna bagi tafsiran aku, bebas dari segala beban hutang, dah boleh menggunakan wang sesuka hati selepas tu (hehehehe)
.... mari kita tgk contoh dibawah...


Salah satu perkara pokok dlm Financial Freedom ialah saving. Dan kenapa perlu buat saving seawal mungkin??

Contoh:
Ahmad dan Bakar merupakan dua orang sahabat rapat, sebaya, dan kedua-dua mereka mula bekerja ketika berumur 25 tahun. Ahmad merupakan seorang yang sentiasa membuat persediaan untuk masa depan dan mula menyimpan sebanyak RM1,000 setahun ketika berumur 25 tahun, dan berhenti menyimpan selepas 10 tahun. Dan simpanan itu dibiarkan di dalam akaun. Tetapi Bakar pula seorang yang suka berlengah-lengah dan hanya menyimpan setelah berumur 34 tahun, juga sebanyak RM1,000 setahun dan berterusan menyimpan selama 23 tahun.

Akhirnya, ketika mereka berdua berumur 56 tahun, Ahmad mempunyai simpanan sebanyak RM142,685, walaupun jumlah asal yang disimpan hanyalah RM10,000. Manakala simpanan Bakar hanyalah RM87,489, walaupun jumlah asal simpanan Bakar adalah lebih banyak daripada Ahmad iaitu sebanyak RM23,000. Dan akhirnya Bakar menyesal kerana kerana bertangguh di dalam menyimpan, dan memarahi kawannya Ahmad kerana tidak menasihatinya untuk menyimpan lebih awal.
Kesimpulan kisah di atas, menyimpanlah seawal mungkin, sikap bertangguh-tangguh kita boleh melibatkan kerugian nilai yang besar pada masa hadapan.
*Ilustrasi di bawah adalah dipermudahkan, dengan mengambil kira purata pulangan sebanyak 10% p.a (setahun). Sumber: Financial Freedom - Your Guide To Lifetime Financial Planning.




kredit to shahgti: forum cari
selanjutnya disini

4 comments:

Anonymous said...

banyak ka saving hang la ni?

Anonymous said...

i should do this since the first time i was employed as a worker, berangan ni, 1st kerja at age 24..now i am 29..100 a month times 60 months lebih kurang 6000..what happen to those 6000?..hehe

myjourney said...

tak byak la, ada la sikit2, baru ja tersedar dari lamunan

NoRMaTSuE said...

lamunan terhenti - aris ariwatan...hehehehe