Thursday, 31 May 2007

Househusband vs technician

"Househusband"...

Begitulah jawatan tak rasmi aku disini, tugasnya menjaga rumah dan menjaga anak. Dari umur anak aku setahun sebulan sampailah sekarang dan hampir setahun 10 bulan. Tugas ni nampak mudah, tp sebenarnya tak semudah dijangka. Bayangkanlah kita pernah bekerja, kerja berat gak la, pindah kapal terbang, angkat komputer, pindah makmal dll, tetiba kena duk rumah, buat kerja rumah. Mati akal jugaklah masa awal2 dulu, internet tak ada, tv lepas 3 bulan tu baru ada. Tetiap hari bangun pagi, bersih anak, waktu tu dah ada rasa sejuk2, masak main campak apa yang patut dalam periuk, yang penting apa aqilah nak makan hari ni. Pastu start la rutin harian aku, main ngan aqilah, lukis2 dan ajar abc, mengemas ni aku tak berapa pandai, buat sikit2 saja. Masa tu dia tak pandai conteng lagi, ada tokey kedai buku disini hadiahkan buku katalog barang permainan utk christmas,tebal buku tu, byk pulak mainan dalam tu. Jadi aku ajar la mana yang aku dapat ajar.. kenal2 bentuk dlm buku tu..

Terasa sgt rendah diri tu memang ada, "hang tak kerja ke, best la hang goyang kaki duk rumah, kira rileks la" dan yang seangkatan maksud dengannya, begitulah usik2 suara2 kecil tu. Hanya org yang berada ditempat tu yang akan faham bagaimana rasanya kalo dah diulang acap kali, duduk dirumah menjadi penjaga rumah, bukannya seindah dan semudah yang dijangka. Tak caya boleh cuba, ambiklah cuti selama sebulan . Tujuh bulan yang lalu lepas makan terus nak lelap, pukul 8 dah tido. Itulah aku respek sgt, suri2 rumah ni, bagi aku kerjaya surirumah sepenuh masa ni memang agak mencabar, bangun pagi dah cadang apa nak dibuat dan apa yang kena dibuat dan handle karenah anak2 dan terima kasih jugaklah kerana dalam seumur hidup aku dapat merasa pengalaman ni, Jadi pelajaran hari ini "aku kena hormat setiap pekerjaan org lain tu hatta pemungut sampah sekalipun", bukan sebelum ni aku tak hormat. Cuma kali ini aku tambah satu lagi pemahaman kenapa perlu rasa menghormati tu... masing2 ada peranan dan masing2 berada disituasi yang berbeza2.. di dunia ni..

5 comments:

AsLiNa said...

mencabar kan jadi househusband..
Thank u dear..for everything..

Unknown said...

The best job in the world is to watch your child growing up. sbb bile dia dah pandai something tu, rase berbaloi je ape kite ajar kan..tak sama anta jage kat org. tapi memang la org keliling tu tak abis2 je cari ape kekurangan kite..tapi kalau kite lebih plak drg dengki plak..trust me. been there, done that. So ape2 pun, kite pk ape yg terbaik utk kite. cayalah! welkam to the club

myjourney said...

Begitulah my little journey. Memang betul, rasa seronok kat hati tgk aqilah melukis terutamanya gambar kami berdua. Yang terbaru dia dah pandai lukis petak. Jadi pulak berbucu petak tu.

Nurul said...

bagus sahar.terharu aku baca blog hang yg ni.

areT said...

takpelah sahar...kawan aku kes mcm hang la..dia ckp apa.."wife dapat Msc..husband dapat MBA"..ok apa..whatever...tu sumer pengalaman...yang penting kita mesti ENJOY!!!!!