Sunday, 29 July 2007

Tracklog GPS

Dah seminggu lebih aku mencuba mcmmana nak buat track dari gps yang dibeli tu utk diloadkan ke google earth, kalo aku jln memana , dan kalo aku rajin hehehe.. aku boleh log aku punya perjalanan seterusnya boleh tgk balik track yang aku dah lalui... di toulouse... first time nak buat ni memang byk sikit confuse , dan aku pulak try n error saja ni.. aku dapat buat log 2 hari lepas, satu semasa aku pergi beli daging selepas solat jumaat kat empalot dan lagi satu semalam semasa cruise haute garonne.. bawah ni adalah imej google earth yang aku dah buat

Sebelum tu, ini proses nak ambil data hingga ke peta google earth...

  • Start record data dari gabungan harware (pda + gps) + (Gpsgate + VisualGPSce = software utk log track)
  • dan download balik data ke laptop, boleh terus buka file tu dan akan dipaparkan dlm google earth.. berikut adalah tracklog aku utk first time guna...

Log lepas solat jumaat dan pergi beli daging
Lepas tu ke Champion beli beras
ini log semalam semasa cruise haute garonne

Saturday, 28 July 2007

Jln2 toulouse

Hari ni kami keluar berjalan2 ke bandar toulouse, kami janji jumpa azizul & Niza kat metro empalot, dari situ kami naik bas 38 ke Pond neuf, tapi bas taknak berenti kat situ la, berhenti kat esquirol, jadi kami bawa azizul n niza ke MEDICA, tempat jual alat kelengkapan rumah, lepas tu kami ke Fondation Bemberg, tak buka lagi jadi kami terus ke tempat nak naik feri, pukul 2 baru ada feri ni, jadi seperti biasa pergi makan kat kedai turki yang biasa kami makan tu dan bagi aqilah main playground hepi tui dia..

Aku tak ambil pulak gambar dia masa tu, masa tu aku tgh sibuk nak buat tracklog utk dapatkan track kat google earth, track kami hari ni, jadi sibuk2 diri la pulak, pukul dua kami naik feri, sampai pukul 5.15 baru la habis route tu, sampai dah tanya, bila nak berhenti pulak ni feri ni, lama benor dia cruise, kami cruise garonne dan canal du midi.. berikut sikit cerita pasal canal du midi

It took 12 000 workers and over ten years to build the canal connecting the Atlantic to the Mediterranean. Pierre-Paul Riquet designed it in 1667 to boost the local economy; it is now considered one of the masterpieces of Louis XIV's reign, and is a Unesco World Heritage Site. The 241-kilometre canal, lined with hundred-year-old plane trees, is now used by barges, and its banks enjoyed by walkers. The towpaths have been made into bicycle trails. A trip along the waterway (lasting a few hours to several days) is an excellent way to discover the more hidden aspects of Southern France.




Friday, 27 July 2007

D.I.Y geek

Sebenarnya passionate terhadap benda2 gadget dan hack tool ni dah lama, dah bertahun kot, mcm2 aku baca dan print, kat umah malaysia dah ada 2 rim semua d.i.y dan bahan dari forum yang menarik. Forum ni aku rajin tgk update sampaikan aku feed "rss" , tapi sayang aku punya bookmark dah ilang, so aku kena search dan tempek balik kat sini sbg backup

link fav aku



HOW TO MAKE A WIFI EXTENDER


Boost your wireless wifi signal


Building A Parabolic WiFi Booster

Wednesday, 25 July 2007

Hujan emas di negeri org, hujan batu dinegeri sendiri..

Hari tak ada apa sgt,aktiviti biasa baca forum dan layan aqilah main puzzle, dia dah pandai masuk2 dan susun puzzle tu, kerja aku letak sebaris puzzle bawah tu atau sebaris tepi, pastu guide dia mana nak letak, kadang2, aku ralit layan forum, puzzle dan penuh, hehehe... best tgk aqilah ni, dalam baca2 tu jumpa dalam forum bagaimana nak cari kerja kat luar negara, dan ada org bagi link saudara kita ni, bekerja secara illegal di US mencari nafkah... jom layan

DISINI

dan bagaimana nak cari kerja kat luar negara disini

dan ini gambar aqilah main puzzle

Jom main puzzle ayah
Ni puzzle dia... semua cerita dinosour
Aqilah dah penat main puzzle, mewarna pulak, sebelum puzzle tu main buih sabun

Monday, 23 July 2007

Carcassone

Semalam kami pergi carcassone, ikut rombongan IAS, kami ni menumpang je sebenarnya..., memang bercadang sebelum ni dgn as nak pergi sana, naik train, tapi tak jadi2 pergi lagi, dan kebetulan pula IAS buat rombongan, jadi kami ni kira menempek la ni, hehehe.. buat muka tebal je ni.. Carcassone ni bandar Medieval, bandar yang ditinggalkan, mungkin setelah adanya revolusi perancis kot, kira org sini taknak lagi hidup dengan ada raja2 ni.. , kalo nak banding dengan Edinburgh castle mungkin yang ni lama lagi, dan binaannya pun agak tak maju lagi mcm Edinburgh castle tu. Tapi mengikut tourist guide yang cakap tu dan yang aku faham la apa dia cakap, bandar ni memang terkenal dgn susahnya musuh2 nak tawan, dan terkenal disekitar eropah tak berjaya ditawan. Byk peringkat bandar ni berkembang, tembok pun berlapis2 nak tahan serangan dari sepanyol dan dari arah lain.

Sayang bandar ni ditinggalkan terbiar agak lama, lepas tu baru diaorg preserve balik, dan kini dibawah unesco, dalam list world heritage dan ada la sikit peruntukan utk kerja2 pembaikan.






P/S: Sayang sekali , skrg ni waktu summer, cahaya matahari terik amat, aku pulak tak ada polarize filter, gambar byk tak menjadi dan gambar dalam church pun tak menjadi tak ada flash..., elok aku bawak kamera cam azizul ja lagi senang, hehehhhe sebagai backup..

Wednesday, 18 July 2007

sedih + insaf

Hari ni aku dan as, agak sedih, ada beberapa hal yang tetiba jadi masalah. Takpa sayang, kita sama2 hadapi. Tapi tetiba tersenyum sendiri pulak masa tgh runsing2, tgh tgk kat france 3, channel tv france sini, org sini bela babi besar anak kambing tu yang warnanya warna hitam, bulu mcm kambing tp jarang2 dan bawak la babi tu jalan2 siar petang sekali ngan anjing dan kucingnya.., ada rumah khas lagi. Hehe ada juga mcm ni yea, ingat utk diaorang makan je..., tapi itu la, anjing dan babi tu tak la hina sgt, kalo kita hina lebih2 pun tu makhluk tuhan jugak, apa perasaan kalo kita dihina mcm binatang2 tu kan, ingat lagi ada ustaz cerita pasal ada seorang yang masuk syurga sebab bagi minum air guna sepatu kepada anjing tu..., ingat2 lupa nih... kalo silap harap maaf la ya...

minta maaf, aku tak pasti ganjaran syurga ke tak, cuma dicakapkan ganjaran aku google dan jumpa ini

Muhammad (s.a.w.) juga memerintahkan supaya bersikap belas kasihan terhadap binatang dengan memberikannya makanan dan minuman dengan baik, jangan memaksanya membawa beban yang terlalu berat, jangan menyeksa binatang dan mengudungkannya untuk kesenangan sendiri.

Abu Hurairah berkata:

"Rasulullah (s.a.w.) bersabda, "Sedang seorang lelaki berjalan di sebatang jalan, beliau merasa haus. Beliau menemui sebuah telaga lalu masuk ke dalamnya, meminum airnya dan keluar. [Setelah keluar] beliau mendapati ada seekor anjing yang tercungap-cungap dan memakan debu kerana terlalu dahaga. Lelaki tersebut berkata, "Anjing ini juga haus seperti mana aku kehausan." Beliau masuk semula ke dalam telaga dan mengisi air di dalam kasutnya dan menggonggong kasutnya, memanjat keluar dan memberi anjing tersebut minum. Tuhan menyukainya (kerana perbuatan baiknya) dan mengampunkannya.". Mereka berkata, "Wahai Rasulullah, adalah kami diberi ganjaran kerana menjaga binatang?". Beliau bersabda, "Terdapat ganjaran [untukmu] dalam setiap makhluk yang mempunyai hati.""

Diriwayatkan oleh Bukhari, Muslim dan Malik

ni aku cari balik google lagi dan jumpa ini

Friday, 13 July 2007


Kerabu Sardin Resepi tok sum pokok sena

Bahan-bahan

1 tin besar sardin (guna ikannya saja)
2 btg serai (potong/cincang halus)
1/2 labu bawang (potong/cincang halus)
2 cili padi (potong/cincang halus)
1/2 sudu kecil garam halus ( kurang atau lebih ikut sesuka lidah masing2)
1 biji limau ( ambil perahan, heheehehe aku guna "lazy lemon" ja, tahan lama sikit satu botol tu)


cara-cara

campak semua bahan2 atas dalam mangkuk, kaco atau gaulkan, cuma garam dan air limau tu last.. adjust ikut sesedap lidah masing2