Hari ni aku dan as, agak sedih, ada beberapa hal yang tetiba jadi masalah. Takpa sayang, kita sama2 hadapi. Tapi tetiba tersenyum sendiri pulak masa tgh runsing2, tgh tgk kat france 3, channel tv france sini, org sini bela babi besar anak kambing tu yang warnanya warna hitam, bulu mcm kambing tp jarang2 dan bawak la babi tu jalan2 siar petang sekali ngan anjing dan kucingnya.., ada rumah khas lagi. Hehe ada juga mcm ni yea, ingat utk diaorang makan je..., tapi itu la, anjing dan babi tu tak la hina sgt, kalo kita hina lebih2 pun tu makhluk tuhan jugak, apa perasaan kalo kita dihina mcm binatang2 tu kan, ingat lagi ada ustaz cerita pasal ada seorang yang masuk syurga sebab bagi minum air guna sepatu kepada anjing tu..., ingat2 lupa nih... kalo silap harap maaf la ya...
minta maaf, aku tak pasti ganjaran syurga ke tak, cuma dicakapkan ganjaran aku google dan jumpa ini
Muhammad (s.a.w.) juga memerintahkan supaya bersikap belas kasihan terhadap binatang dengan memberikannya makanan dan minuman dengan baik, jangan memaksanya membawa beban yang terlalu berat, jangan menyeksa binatang dan mengudungkannya untuk kesenangan sendiri.
Abu Hurairah berkata:
"Rasulullah (s.a.w.) bersabda, "Sedang seorang lelaki berjalan di sebatang jalan, beliau merasa haus. Beliau menemui sebuah telaga lalu masuk ke dalamnya, meminum airnya dan keluar. [Setelah keluar] beliau mendapati ada seekor anjing yang tercungap-cungap dan memakan debu kerana terlalu dahaga. Lelaki tersebut berkata, "Anjing ini juga haus seperti mana aku kehausan." Beliau masuk semula ke dalam telaga dan mengisi air di dalam kasutnya dan menggonggong kasutnya, memanjat keluar dan memberi anjing tersebut minum. Tuhan menyukainya (kerana perbuatan baiknya) dan mengampunkannya.". Mereka berkata, "Wahai Rasulullah, adalah kami diberi ganjaran kerana menjaga binatang?". Beliau bersabda, "Terdapat ganjaran [untukmu] dalam setiap makhluk yang mempunyai hati.""Diriwayatkan oleh Bukhari, Muslim dan Malik
3 comments:
hehe..mesti lawak crita tu..mesti semua syg kat tuan dia..sbb bwk jalan².. cakap pasal binatang ni teringat kat kucing² yg dah pun menjadi arwah
1. meimei
2. spidey
3. zorro
4. floppy
5. kun dan run
6. dan kura² mak badshah n takeshi
Rasulullah s.a.w bersabda "seorang wanita masuk neraka kerana kucing. Ia menahannya hingga mati. Ia masuk neraka kerananya, tidak memberinya makan serangga2 tanah.(Diriwayatkan Al bukhari)
sahar...as..aku pun klu ada masalah...tv gak sasaran aku...citer yg tak best pun jd best...waw as...nama mei mei tu, mcm pernah ku dengari dulu..tp di mana ya....tronoh ke tepen???
Post a Comment