Dua tiga hari ni aku tak update blog, aku berimaginasi fikir dan fikir. Bukan aku berimaginasi bukan2, bukan berimaginasi nak beli kereta besar tp kali ni aku berimaginasi mcm mana nak "ringkaskan dan memudahkan teknik2" pemasangan kompang bagi senang adik aku nak buat bisness keluarga ni. Teknik sebelum ni byk gunakan tenaga dan ambil masa jugak nak siapkan sebiji tu.
Bisness ni dari aruah ayah aku, adik aku pulak tolong sambungkan utk menyara keluarga sekarang. Aku pula, bantu mana yang mampu. Mujur dia mahu jugak belajar dari aruah, adalah juga org nak teruskan kerjaya ni, tapi sejak akhir2 ni dia mcm taknak bersungguh2 mengerjakannya, dah kasi hint2 nak cari kerja kat kolumpo. Budak muda zaman sekarang, asik nak ikut kawan pastu nak joli sakan. Bisnes bukan tak ada harapan.Ayah aku pun dah buktikan, kadang2 ada setahun dia boleh dapat 70K hasil dari bisnes kecil2 ni, tapi melibatkan kerahan tenaga semua ahli keluarga. Paling aku tak lupa, dia dapat buat rumah utk mak aku sekarang ni, walaupun masa hayatnya masa tu sakit2 sebab kanser hypopharynx .
Teringat waktu sekolah diawal zaman tingkatan-tingkatan dulu. Org lain berpeluang main petang2, aku dan adik lelaki tu dari pagi sampai petang memahat gendang2 dan kompang2 utk dijual. Masa tu tak ada lagi mesin, jadi kamilah motor2nya.Hujung minggu dan cuti sekolah pula, byk masa dihabiskan dalam hutan2, naik turun bukit membantu aruah memotong kayu atau mengangkut ke kawasan yang boleh access dgn lori utk dibawa balik ke rumah utk diproses.
Begitulah bisnes ni bermula. Sekarang aku nak sumbang idea, nak bagi mudahkan kerja2 mereka kat rumah arwah tu. Tapi aku bukan background mekanikal, so sekarang ni aku surf internet cari info-info yang dapat bantu aku, antaranya camana diorang bina Windmill, sebab dalam tu byk gear2 mekanikal. Kagum sekejap aku, mcm mana diorang design benda tu kan.
Hmmm ... Kalo aku kaya kan senang, takyah la diaorang kerja teruk2. Dan impian aku juga, kalo ada bisnes sendiri kan bagus. So itulah kerja aku dua tiga hari ni, perah otak nak dapatkan idea nak mudahkan kerja pemasangan kompang2 tu.
Doakan aku berjaya...
Thursday, 9 August 2007
Fikir.. fikir..fikir...idea..idea..idea...
Posted by myjourney at 22:10
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment