Semalam kami ke IAS, sambut org baru malaysia datang ke toulouse, ada jamuan makan, ada nasi minyak dengan daging krutup dan kuzi. Jgn tanya aku la resepi nak buat tu, aku tak sepandai nak buat resepi canggih2 camtu, setakat main campak apa yang ada kat dapur nak alas perut kami sekeluarga boleh la. Org malaysia ni kerja MIGHT, datang seorang dulu, nanti wife nya akan ikut kemudian, sebelum tu ada satu keluarga yang dah sampai juga minggu lepas, org airforce.
Teringat aku,Untung diaorang datang org berjemput, takala waktu yang sama aku datang, belum tentu arah nak tuju, hilang arah sekejap nak kemana di airport toulouse, nak kemana, dan nak tinggal kat mana hari tu... walaupun ada nombor kawan nor si francese tu, tapi masih lagi canggung nak gunakan telefon operator airport tuh, dan berbekalkan beberapa syiling euro yang ditukar tu, cuba telefon francese, tapi dia tak dapat datang atas sebab yang tak dpt dielakkan...dia nasihatkan suruh kami ambik bus shutter (navette)ukt ke pusat bandar dan naik metro ke ensica ataupun ambik teksi. Masalah utama kami, kami tak ada lagi tempat tinggal.. takkan nak tido airport... kuatkan semangat.. cekalkan hati terus cari jalan... apa yang nak kena buat, berbekalkan alamat yang ada, kami buat keputusan nak ke ENSICA , tempat yang as akan belajar. Tanya driver pertama tak dilayan dan dgn mimik muka gaya geleng2 kepala (stail org sini, mmg gaya keling sikit, tp kami gelar keling putih), patah balik, nasib baik teringat ada beli buku "French visual language guide".. ambil buku tu salin soalan , tulis alamat nak ke ensica dan berapa kos nak kena bayar, dapat pemandu teksi kedua, aku tunjuk yang ditulis tu, dia tulis 35 euro, ok aku rasa berbaloi sebab tak ada pilihan, jadi kami naik teksi tu dan sampai di ensica ,tumpang letak beg tu kat pak guardnya,nasib baik pak guard tu baik, simpan brang situ, aku ngan as terus ke opis,hari tu sepatutnya as dah masuk kelas dan hari pertama dia kat ensica. Kecoh gak ensica,tak pernah dengar suara budak tetiba ada budak (si aqilah) mcm biasa la perangai dia, lari2 dan nak kawan2 ngan org situ, dan kecoh gak ensica, tak sangka kami datang berkeluarga dan bump semua beg kat situ, diaorang kena uruskan kami tempat tinggal hari tu, mcm kalut jugaklah keaadaannya hari tu..dan aku pulak dah bagitau diaorang aku ada 1000 euro ja.. masa tu satu elaun usm pun tak bagi lagi, seingat aku lepas 2 minggu baru masuk, itupun lepas ayah as pergi naik opis tanya pasal elaun tu,nasib baik diaorang ada jln penyelesaian, carikan kami studio untuk kami hari tu.. 3 hari juga kami kat situ... makanan??? aku, as dan aqilah makan nasi himpit dan rendang saja selama 3 hari tu ... poor little aqilah ,selepas tu dapat rumah st michel.
Hari ni kami keluar lagi dgn Azizul dan Niza, dioarang datang guna internet sini nak urus email2 yang perlu dihantar. Lepas tu kami ke capitol dan teman azizul dan niza shoping baju, dan juga baju bakal baby mereka berdua. Lepas tu carikan azizul kedai buat spek mata, cepat juga siap spek tu, dia cakap 2 jam, tapi yang baiknya nak test mata azizul tu pun dah sejam, check betul diaorang ni, lama juga checknya siap ambil foto lagi, tak tahu la ambil gambar tu utk apa. Dan hari ni juga aku dah "FREE HUGS" campaign... tak sangka aku dapat buat pulak, kalo korang baca awal entry blog aku, ada aku ceritakan pasal free hugs campaign ni, punyalah mamat tu peluk erat aku, aku pun balas peluk erat balik, that's all... kalo korang ada masalah peluk2 lah erat pasangan masing2, kot2 boleh release tension..
sekian utk dua hari ni...sori nak cepat2, nak layan "Heroes"
Saturday, 4 August 2007
selamat datang org malaysia yang baru
Posted by myjourney at 19:10
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
itula pengalaman paling berharga shahar....n paling penting tuk dijadikan bekalan kiter backpacking nanti...hehehehe...moga jadi kenyataan AMIN...
wow nape backpacking tak ajak aku ye...kikikiki
a'ah nor, moga2 menjadi la rancangan sekali seumur hidup tu, amin...
hheehe nurul, kan dah ajak hari tu.., tapi nurul kalo backpack ni hang takleh la nak pakai boot panjang2..
:)
kalo ingat waktu datang dan seminggu sblm datang toulouse haritu..huhu..sungguh menyedihkan.. dan aku takmo org lain rasa apa aku n sahar rasa time tu..cewahhh..
but a million thanx to mak n ayah..
Abg sahar,
saya ada baca kalau kita peluk pasangan kita tiap hari boleh panjang umur..ehehehe..Apalagi?
p/s: isk iskisk sedey nyer citer masa dtg.Kalau buat phd kat sini bagitau awal2.haranya takde citer sedey lagi.ramai yg boleh tolong kat sini
a'ah mimi, ada jugak jumpa peryataan tu, leh panjang umur, jd yang ada pasangan halal tu leh la cuba2..
itulah kenangan kat sini, ada lagi yang sedih2 tu, ntah bila la dapat nak ceritakan... sebagai catatan hidup suka duka.. yang dah lalui..
harap2 ada kekuatan dan kemampuan nak tulis.. "My little journey"
Post a Comment