Friday, 31 August 2007

Selamat menyambut Kemerdekaan ke 50


cik su (sukhoi 30MKM)

Kereta kebal PT-91M

gambar kredit forum cari

Bila duduk di perantauan ni , teringat meriahnya nak sambut hari merdeka. Kalo kat malaysia bukan tak sambut, tapi bila berada kat luar negara ni, perasaan nak sambut merdeka tu lagi terasa. Teringat kalo dulu2 masa kat malaysia, kalo hari merdeka ni, memang tak lepas duduk depan tv, nak tgk perarakan hari kebangsaan, meriah sungguh.

Bermacam2 org, pakaian, jabatan2 kerajaan, polis, bomba dan tentera. Waktu yang dinanti nantikan waktu kereta berhias, dan dari pihak tentera. Tahun ni nampaknya mcm lagi meriah, ada peluru meriam yang kita r & d, kereta kebal yang baru beli tu. Tahun lepas sebiji, tahun ni nampaknya bertambah lagi, dan juga cik su kita (sukhoi) pun ada dalam perarakan kali ni. Nampak mcm meriah la khabarnya. Tapi aku tak dapat tgk la, dah daftar rtm1 punya online streaming pun tak dapat2 lagi pasword, dah dekat 2 minggu dah. Jadi tgh la jugak surf2 internet cari online streaming utk tv malaysia. Tak jumpa jugak la.

Dah 50 tahun merdeka la. Apa yang nak dibanggakan ya?. Paling terasa kereta model proton terbaru persona tu. Yang buatkan aku bangga bukannya apa, kalo nak ikutkan dari pengalaman org guna kereta proton memang byk komplain, byk masalah katanya. Tetapi model yang baru2 ni dah kurang masalah, contoh power window, kereta lain pun mcm vios ke apa ke, ada masalah jugak, cuma taklah diperbesar-besarkan. Aku bangga sebab, kereta ni dah didesign oleh anak tempatan, dan tak lama lagi dengarnya nak guna engin petronas E01 utk model2 baru proton. enjin tu berkuasa, setara VVT ngan kereta jepun dvvt ke apa ttt tu. Bangga jugaklah. Nak design enjin bukannya senang. Dan tak semua negara yang design enjin. Mana tau lebih baik dari enjin korea. Nanti kita tgk reputasinya. Org cakap kereta enjin korea ni tak jimat minyak. Oklah itu saja kot utk kali ni. "Selamat menyambut kemerdekaan yang ke 50"

5 comments:

NoRMaTSuE said...

memang meriah pon...

areT said...

betoi ckp hang tu sahar...mmg ramai komplen keta mesia...tp bg aku yg pakai keta mesia...keta mesia ok...cuma biasalah klu benda tu org mesia buat...ada je yg tak kena...syok gak nak puji en honda dan en toyota,,,heheheh,,,,cuma satu je persoalan...'yang dok komplen keta proton tu, aku tgk kat porch umah depa..ada je keta yg tajuk PROTON'..hehehe

NoRMaTSuE said...

utk pengetahuan...cik iswara aku tu dah 6 tahun...sgt sihat walafiat lagi....malahan dah byk berbakti.... =)

myjourney said...

proton mcm tu la nor dan are-t, dah tukar management, dan harap diaorang pun jgn selesa sgt dgn keadaan skrg, kena kuat lagi berusaha dan aku yakin kalo depa buat sungguh2 dan target design kereta nak jual dalm negeri saja, tak kemana la... hidung kembang gak kalo dpt tgk kereta proton kat europe ni, walaupun kita kan negara kecik ja kalo nak banding france, jepun, korea... dasyat ooo ada enjin sama taraf dgn depa..

Anonymous said...

Great work.