Monday, 3 September 2007

sambutan merdeka di toulouse

lauk pauk sambutan hari merdeka

Budak baju merah tu yang jatuh kolam

Bergambar kenangan dengan pokok anggur kak nisa


Dah 3 hari aku tak update, hujung minggu ni memang pack dgn aktiviti. Terima kasih kepada yang sudi mempelawa kami bersama2 mengikuti rombongan cik kiah ni. Yang pertama sambutan hari kemerdekaan dekat rumah kak nisa(19, rue des mesanges, tournefeuille) pada hari jumaat, lawatan ke negara Andorra pada hari sabtu, dan lawatan ke ladang epal hari ahad, semalam.

Ok, sambutan hari kemerdekaan kat kat rumah kak nisa, kami sampai awal kat IAS, tumpang kereta ikmal yang baru dia dapat, kereta nafira 7 seater, pergi solat jumaat dulu dari IAS ke basso cambo. Lepas jumaat dalam pukul 4 kami bertolak ke rumah kak nisa. Sampai kami buat bacaan yassin sekejap, lepas tu terus makan2, hidangan pun menarik utk pembukaan kami dijamukan dgn sushi, bagi keluarga aku, kami bawak kari daging ja. Yang bestnya as masak, dan org suka kari tu. Tahniah sayang. Memang kari as buat makin sedap, bagi aku la. hehe. Ada dua kejadian lawak hari tu. Pertamanya cari jalan nak sampai rumah kak nisa tu mula2 majer hasnor lead, pastu diaorang soh kereta ikmal sekali ngan aku la lead, pasal aku ada gps. Aku mmg berdebar sikit gps aku ni, bateri tak cukup. Dan aku pulak tak beli lagi charger pda utk kereta. Kan dah kalut, tetiba pda cakap lost gps signal. kalut jugaklah sebab tgh lead tetiba hilang arah, dan gps tu soh masuk jugak jln yang dah ditutup. camana tu, pusing2 jugak lah kami cari jln patah balik. Nasib baik aku ada bateri kedua, lepas tukar, gps funtion balik, masuk no rumah kak nisa, dia guide balik, tapi dalam hati aku ni doa je la, cepat sikit jumpa rumah kak nisa, karang bateri last tu abis camana , dah sesat hilang arah.

Kejadian kedua, yang menarik hari tu, selain makan2 yang best. As dan niza (isteri azizul) selamatkan budak yang jatuh kolam rumah kak nisa. Budak2 tu main tepi kolam dekat dengan tempat as melepak2 sambil chit chat, basah kuyup budak tu, nasib baik sempat capai, kalo tidak tak tahulah camana. Dihari merdeka as dan niza dah jadi penyelamat, hehehe ala2 baywatch.. hehehe...


samb nanti cerita ke andorra(negara bebas cukai selatan toulouse)....

5 comments:

NoRMaTSuE said...

berapa kah tahap ketinggian kolam itewww...??

myjourney said...

aku agak paras tengkuk dewasa kot nor..., hehehe... aku agak la ya..

AsLiNa said...

nor, dalam kolam tu..aku sgt ala2 baywatch jadi guard pantai supaya bebudak tak terjun..

NoRMaTSuE said...

Wow!!!...mantap As....langsung teringat zaman bermandi manda kat tronoh....yg suma org gaya jer lebih tapi langsung x pandai berenang =)

areT said...

termasukla aku yg x pandai berenang iteww..tahniah as sbb tsenarai dlm crew baywatch..heheheh