Thursday, 27 September 2007

Selamat jua sampai Paris

Lega sampai balik toulouse. Penat memang penat, sebab menapak naik tukar metro kat paris, dan bertambah penat metro kat paris tak ada lif, jadi dekat setiap intersection tu... menapak la naik tangga dan turun tangga nak tukar line. Metro situ lama punya, tahun 1900an punya design... nak keluar metro, kalo kena yang lama tu kena la buka sendiri pintunya.

Ok, skip pulak cerita pergi ke paris, seperti semua sedia maklum, aku pergi hari selasa lepas pukul 9.20 pagi dari sini, naik iDTGV adik beradik TGV, cuma iDTGV ni kira mcm seat ekonomi la ni, kalo TGV bebetui tu luas sikit dan bertambah lagi tambang, oleh sebab last minit tempah aku dapat harga 169 euro pergi dan balik. Aqilah tak kena tambang, sebab baru 2 tahun dan bawah 4 tahun tak kena tambang. Sebenarnya, gerabak iDTGV ni melekat sekali dgn gerabak TGV. Jadi aku kira naik TGV gak la tu. Utk pengetahuan semua, keretapi ni boleh laju sehingga 357mph dan pada 3 april tahun 2007 telah mencatat rekod baru dunia utk high speed train, boleh tgk kat sini. Masa mula bertolak tu tak laju sgt sampai la bourdeux, sebab rupabumi kot, tapi bila dah lepas bourdeux dia dah makin laju semalam aku dapat rekod guna gps aku kelajuan dalam 198mph camtu masa balik semalam dari paris ke bourdeux. Bila dah laju tu, bila masuk terowong atau dia belok sikit rasa macam naik kapal terbang la, tekanan udara berbeza kot, ada rasa dengung atau sakit telinga cam kapal terbang nak turun dan naik tu. Dapatlah merasa naik TGV, keretapi yang terlaju untuk rekod dunia sekarang ni.

Kami sampai paris pukul 2.25, memang tepat seperti yang tercatit kat tiket, tak kurang tak lebih(ikut cam aku la yea hehehee), dan masa bertolak nak balik semalam pun masa seperti tercatat kat tiket tu, cuma masa pergi ja, dia tunggu 2 minit sebelum nak bertolak. Itu yang buatkan aku kagum gak tu, masa memang ngam betul2. Pendek kata , kita nak merancang nak buat apa2 pun senang la kalo time dah ngam2 sui camtu. Lepas sampai gare monparnasse tu kami ambik line 6 metro pastu turun ambik line 12 pulak. Kat sini la bermulanya episod nak tukar , naik turun tangga metro, penat memang penat, dukung aqilah lagikan, bulan puasa kan. Aqilah pulak dah makin pandai. Taknak duduk dlm stroller dah, dan taknak berjalan pulak tu. Jadi kami tak bwak la stroller tu, takut nanti kens usung je la stroller tu, tapi tak guna2. Sampai metro volontaires lines 12. Keluar ja metro tu, tgk balik peta, patah balik belakang dah nampak eiffel tower. Hati dah seronok dah, tapi nampak 1/3 tower tu je la, jln dlm 200 meter camtu sampai la ke hotel kami. Dan dari hotel nak ke eiffel tower dalam 20 minit jln kaki. Tapi aku tak sanggup ya jln kaki nak ke eiffel tower tu, 20 minit tu review mat salleh yang tulis kat ruangan komen hotel tu. Aku tak la sekuat camtu nak sampai eiffel tower, pancit nafas pulak lagi hehehhee.. .Kami check-in, hotel ni pun kami tempah last minit, harga 110 euro. Bolehlah nak tido semalam je kan, aku check wifi pun ada, ok la tu. Cuma sabun mandi ja tak ada. Dia letak dalam tempat mcm kat kfc yang selalu kita cuci tangan tu, bukannya jenis sabun ketul lain, syampu dalam botol lain. Memang budget hotel betul la, kalo aku tempah awal mungkin harga dalam 40-60 euro kot semalam. Tapi yang bagusnya hotel ni tak bising, tenteram je tido malam tu.

Lepas check-in , terus kami keluar. Tempat pertama eiffel tower. Kami sampai dalam 15 minit dari hotel-metro-bir hakiem stesyen. Sebelum tu ada tukar lines tu yang lambat. Pastu menapak lagi, sampai eiffel tower ambik gambar la apa lagi, selang seli dgn hujan lebat, kami teduh kejap pastu sambung balik. Lepas tu kami seberang sungai ke dataran depan tu nak ambik gambar dari sana. Yang best kat eiffel tower ni ramai org cakap english, hehehee, ada satu adegan tu aku terdengar org mat saleh ni "i'm glad to see you, now i can talk english" dan bla bla bla... hehehe... senyum kecil la aku. Dan kat eiffel tower ada belon besar bentuk rugbi, sekarang kan musim demam piala dunia rugbi, agaknya tu hotel aku mahal kot ; ) . Lepas tu kami patah balik jln kaki 4-5km ke stesyen bir-hakiem terus ke Arc de triomphe, ada upacara apa ntah kat situ, siap perarakan camtu la. Kami ambik gambar ja, as dah hepi sebab dah sampai jln yang dia teringin nak pergi sangat tu Champs elysees, ingat nak menapak sepanjang jln tu, tapi aku dah tak larat, so aku kasi can dia masuk kedai dekat Arc de triomphe tu je la. Pastu kami balik ke hotel. Berbuka makan roti dan kebab dan buah2an saja.

Esoknya kami ke musee du louvre, sebelum tu center pompidue beli keychain tapi blok sebelah dia tu kat jln "rue du temple", ni tips beli keychain murah dari khairul, murah sini 100 pcs dapat 18 euro. Kena turun kat stesyen rambuteau, dulu dgr nama stesyen ni ingat stesyen rambutan, nak tergelak pun ada, sempat la ambik gambar kat signboard tu. Lepas tu ke la defence, as beli handbag kat situ. Besar shoping kompleks situ. Pastu dalam kul 3 lebih kami dah bertolak ke gare du montparnasse, naik iDTGV pukul 5.20 sampai la tolouse pukul 10.35 tepat mcm tiket tu tulis.

Itu saja pengalaman kat paris. Teringin nak pergi byk tempat lagi, tapi tak sempat dan aku pulak cari tempat nak letak backpack tapi tak jumpa, sebab aku nak locker ,tu kerana kami dah check out awal semalam dalam pukul 10 lebih camtu, tak jumpa locker utk bag kat gare monparnasse, jadi terpaksa la kendong sepanjang route hari kedua kat paris tu sambil dukung aqilah, itu sebab pukul 3 lebih kami dah ada balik kat gare monparnasse. Rehat nak kumpul tenaga, penat menapak dan berpuasa. Itu pengalaman kami kat paris, rasa mcm nak pergi lagi satu hari nanti.. insya-allah, Paris we will come back..



kincir angin janakuasa (sempat as ambik)

as control cun dalam TGV

Hotel hujung jln ni
sapa lebih tinggi

menara condong eiffel tower

sapa punya scale ni

arc de pompier

jom makan rambutan

Pertemuan 3 rasa sayang yea



p/s: perasan tak aku dah pasang lagu raya, mcm radio kat malaysia kan?. Raya jauh lagi aku dah pasang lagu raya... kuikui kui....







5 comments:

Nurul said...

wow..sekeluarga kaler koko..mantapppppp

Nurul said...

aqilah plg tinggi..jawapannya..wekekeke

Anonymous said...

alhamdulillah smpi jugak ke Paris... kota fesyen... hehe... best la teknik amik pic tuh... nnt aku pergi pun nk amik mcm tuh jugak...

AsLiNa said...

nurul, aku n sahar koko, kakak je tak koko..

areT said...

aku klu bab2 gambar ni..mmg suka tgk pic yg hang snap...pic yg biasa pun jd luar biasa...mcm mana ek..btw...u all luks enjoy!!!berusahalah!!