Final chapter: Sunflower ending
Selamat berpuasa kepada semua kengkawan dan muslim dan muslimat sekalian. Kami punya tiket tak dapat tau lagi , bila nak balik... susah hati gak, sebab nak kena planning nak uruskan pemotongan api, langganan internet, TAX sewa rumah (tak sangka ada pulak tax sewa rumah pulak pun), dan lain2 lagi. Tuan rumah dah cakap kalo nak keluar bulan depan paling lewat setakat 2hb je. Hmmmm... mcm mana tu ya, nak duduk mana kalo kena keluar awal, tiket pun tak tau tarikh lagi ni. Kalo ikutkan 2 hb tu mcm tak lama je lagi, lebih kurang 3 minggu la camtu.
Oklah sambung cerita petik epal. Kami pergi hari ahad lepas sambung 3 hari berturut-turut jln. Seperti sedia maklum hari jumaat sambut merdeka rumah kak nisa, hari sabtu ke andorra dan ahad petik epal. Kami bertolak naik metro sampai di stesyen Faculté-de-Pharmacie dalam pukul 2.30, azizul datang jemput kat situ. Dia sempat belajar bawak kereta kak za sebelum tu jln2 pusing sekitar IAS ( ni first time dia bawak kereta kat sini tau, jadi sekalung tahniah kerana berjaya handle kereta tu dan seterusnya drivekan kami sekali... hehehe) ,
Lepas tu semua berkumpul kami terus ke Les VERGERS de NOTRE DAME... nama tempat tu, perjalanan lebih kurang 45 minit camtu la, seberang sungai yang cantik belok kanan dan sampai. Pemilik ladang cerita serba sikit pasal ladang tu, dia ada tanam beberapa jenis epal, yang aku ingat golden epal dan dan royal gala. Dia ni pengekport epal ke malaysia gak. Yang dia ekport tu tak salah epal royal gala. Kami ditunjukkan tempat memetik tu, pastu bermulalah aktiviti memtik epal. Dia bagi makan epal tu sepuas-puasnya, makan free sebanyak mana mampu, masuk kat ladang dia tu pun free je, cuma nanti lepas petik timbang la epal tu, sekilo 1 euro. Hari tu aku abis 6 euro ja, termasuk beli satu botol perahan epal berharga 2.80 euro sebotol. 1.7kg epal digunakan utk hasilkan 1 liter perahan epal tu. Lepas timbang semua kami pun balik dalam pukul 6 camtu. Dalam perjalanan tu tetiba nampak ladang matahari, ketua rombongan kami tetiba bagi pulak signal berhenti, dah sah nak ambik gambar kat ladang bunga matahati le ni, hehehhee... impian as tercapai nak bergambar kat bunga matahari... dia kan suka benor bunga matahari ni... waktu bercinta siap request bunga matahari lagi, mana den nak ambik .. hehehhe... ok itu saja kali ni enjoy gambar kami kat ladang epal dan ladang bunga matahari ya...
p/s: sori la english aku tak hebat sangat, baru nak try2 guna dalam blog, nak improve mana yang patut.
2 comments:
wow bunga2 matahari..lagu maya..cheewah
"bunga matahari sangat cantik...mekar di waktu pagi..."ingat tak lagu tu.....masa sekolah rendah ada lagu tu....
Post a Comment