Tuesday, 4 September 2007

Andorra la vella

Selekoh gunung ganang nak ke sana "mencabar nak drive ni"

baru lepas plaza tol terowong atas gunung tu dan makan nasi lemak

Ski resort/ ski hotel

As tgh kira duit nak habis utk sopink

gambar jalan utama 5 atau 6 km bersama2 pejalan kaki


Sambungan dari episod satu, ngeh ngeh ngeh.... hari sabtu lepas kami pergi ke Andorra. Memang kami teringin sgt nak join ni, alhamdulillah dpt juga ikut trip saudara2 malaysia kita yang baru sampai ke negara andorra ni. Kami bertolak dalam pukul 8.00 dari rumah, diaorang ambik, test kereta baru yang iqmal baru beli. Perjalanan nak ke sana ambil masa lebih kurang 2 jam lebih dah sampai sempadan france/andorra. Kemudian kami berhenti rehat makan nasik lemak, masing2 bawak bahagiannya, mejar linda bawak nasi lemak, keluarga lain bawak lauk pauk sambal, kami bawak telur rebus saja. Hehehe... mudah sungguh kami, bawak sandwich pun tak laku, biasa la, lama tak jumpa nasik lemak yang berbungkus lagi tu, ngeh ngeh ngeh.

Lepas makan dan bergambar sedikit atas gunung lepas plaza tol tu, kami ke ibu negara andorra namanya Andorra la vella. Perjalanan memang menarik nak ke sana, ibunegaranya tu besar lagi bandar ipoh rasanya. Dan andorra ni terkenal dgn tempat shoping sebab negaranya bebas cukai, jadi byk la outlet2 berjenama murah2, minyak wangi, rokok, dan barang2 elektronik lain. Perjalanan nak ke andorra la vella ni kami terpaksa ke kiri dan ke kanan sebab jln bengkang bengkok turun gunung, permandangan memang cantik, sebab lembah pastu byk resort2 ski baru yang dibina, sgt cantik binaannya.

Sampai sana dalam pukul 11, kami duduk kat sana sampai pukul 5, pastu kena balik. Dalam ibunegara andorra ni, sepanjang jln utamanya adalah pusat beli belah, lebih kurang 4 atau 5 km.
Semuanya kedai shoping. Dan org pejalan kaki kat sini kira mcm kebal sikit, kalo rasa nak melintas, melintas ja, tak payah tgk kiri kanan, kereta akan berhenti. Itu dah jadi budayanya kot. Dan masa melintas tu, dia orang jalan mcm buat bodo je, lambat2, take your time camtu la, sambil sembang2 gelak2. Kereta kami pun terpaksalah tunggu diaorang "happy hour" tu.... . Dan keadaan tu berlakulah setiap 10 meter, atau 20 meter sepanjang jln besar tu. Byk lah pulak lintasan pejalan kaki ni dan lintasan tu pulak tak ada pun lampu trafik. Tempat shoping mcm tu la kan ramai org.


akan bersambung, acara petik epal pulak esoknya, kalo rajin menaip nanti....

2 comments:

areT said...

wah..syoknyer....aku pasti As sgt seronok dgn aktiviti "kira baper duit utk sopink" iteewww

AsLiNa said...

hehe..aku suka abiskan duit dari kira duit..huhu