Tokey kedai daging dan kedai kebab yang baik hati, ni tolong aku byk ni, tolong bawak aku pergi masjid bayar zakat fitrah tahun lepas (masuk tabung je sebenarnya)
Pagi ni kami berkemas lagi, walaupun 3 hari lepas berkemas jugak, hehehehe, tak abis2. Tapi 3 hari lepas tu, aku sental bilik air, sental cermin tingkap dan sental singki, bersemangat sungguh nak balik. Hari ni pulak, lepas sahur as ajak bukak balik beg yang dah dipack ala kadar dulu, tujuannya nak keluarkan lagi baju2 yang tak akan dibawa balik. Saring la baju2 tu, supaya tinggal ikut limit berat yang sepatutnya, aku 20kg, as 20Kg dan aqilah 10Kg, taknak pulak excess baggage, karang byk pulak nak membayar. Byk pulak baju nak kena tinggal, yang bawak pulang baju sejuk saja, takut in case as kena datang semula europe, takyah la nak beli lagi baju sejuk tu. Yang lain kami pakai je berulang2 baju yang sama, dan sayang jugaklah ada baju tak dibawa pulang, sebab kebanyakkannya kami beli kat sini. Setelah dibuat pengasingan ada la kot lebih kurang 1 beg besar, 4 beg shoping pasaraya tu. Itu termasuklah baju yang ada org beri hari tu masa diaorang balik. Sampah rumah pun dah abis 6 plastik besar hitam tu, tak termasuk minggu2 lepas.Penat memang penat, tapi bila pk dah nak balik, semangat pulak. Lepas tu, kami ke ENSICA, tempat sekolah as. As nak jumpa Mr frechou, ada hal sikit nak jumpa dengannya. Aku dan aqilah ikut sekali, masa sampai kat Metro Stesyen Jolimont keluar dari situ, aku dah tangkap syahdu. Aku syahdu bukannya apa, cuaca hari ni mengingatkan hari pertama kami sampai kat toulouse dan juga dalam bulan puasa, dan hari pertama tu la kami belajar nak guna Metro nak ke Fnac dulu. Waktu tu duit euro kecik pun takdak lagi, terpaksa la mintak nak tukar kat org lalu lalang kat stesyen tu , nasib baik ada makcik ni bagi kami ikut lalu sekali guna kad metro dia, yela mana ada kedai nak tukar duit kat stesyen tu , semua tu lepas as mendaftar kat opis. Sebab nak beli charger hp, sebab as bawak charger 3 pin.
Cuaca hari tu sama la mcm hari ni... cerah, langit biru, panas kena matahari tapi sejuk ja rasa sebab temperature dah rendah, sedap jer rasa bila "angin sepoi2 bahasa perancis" tu tiup kat badan nih. Bawah pokok depan ensica tu yang dekat dengan air pancut tu la aku dan aqilah duduk tunggu sementara as selesaikan urusannya kat opis ensica. hari pertama dalam bulan puasa tahun lepas.
Lepas settle urusan as tadi, kami ke Capitol, turun kat situ. As nak belikan aqilah stoking panjang utk baju barunya utk hari balik ke Malaysia tu. Beli lagi satu baju khas nak ke Paris utk aqilah kat capitol tuh. Lepas tu berjalan balik ke stesyen pertukaran Jean Jeures, tapi nampaknya train metro ke arah rumah kami ada masalah. Jadi kami menapak la naik bas kat Esquirol. Sebab dah berjangkit aku punya blues, aku snap je semua tempat yang aku, as dan aqilah pernah lalu dulo2, dan selalu lalu, terutamanya masa tak ada lagi Line B metro ni. Masa tu aku naik bas, jadi point nak tukar bas ke metro kat Esquirol tu la. Naik bas no 12 hari ni, turun depan Salin Parliment, pastu menapak la kami terus ke rumah, jauh gak tu, sambil mendukung aqilah yang tido, sambil2 tu ambik semua landmark yang boleh mengingatkan kami nanti bila dah balik mesia.
Makin gembira nak balik mesia, makin syahdu pulak nak tinggalkan bumi toulouse. Byk kenangan kat sini..., susah senang setahun dibumi asing... dan yang paling ketara terbayang2 wajah insan2 mulia yang pernah membantu kami semasa kami dibumi asing ni...
7 comments:
sahar..sahdu pulk aku baca entry hang kali ni..aku esok2 mesti akan rasa mcm hang rasa..cheewah..
sahar...aku dulu pon sgt amik gambar setiap inci...sampaikan toilet umah yg aku duduk pon aku amik gambar....hehehehe....takut lupa....
huhu mmg syahdu sedan baca entry hang kali ni shahar... apa pun jadikan ianya kenangan terindah di bumi Perancis ni... huhu... next year turn kiterorg plak... whatever gud luck...
mmg layan blues gak aku ni, igt semua rentetan peristiwa kat sini dgn tempat2 dalam gambar tu, itu belum lagi sebelum fly tu aku dah kena copek kat IKANO power centre RM2000...mode kena copek tak ilang lagi hari sampai tu huhuhu... tapi kat sini byk kenangan manis susah senang... sgt memorable..
wow.....RM2000 kena copek....apakata details plizz....heheheh
Nor, detailnya begini... sehari sebelum aku ngan as fly tu, kami dah sampai kl, pergi IKEA nak tukar duitlah, nak bawak duit euro ke sini, kira duit yang ilang tu duit utk belanja kat sini.. sebab usm tak bagi lagi pun duit pendahuluan nak datang, .. dipendekkan cerita.. aku kena copek masa nak tukar money changer situ, masa naik esclator.. tetiba org ramai depan, belakang , kanan aku. Sebelum tu tak ramai org pun naik esclator tu, Tetiba ada org lagi depan aku tunduk konon2 ada brg jatuh, habislah aku kena undur dan org depan aku undur.. aku pun terundur sebab dan kena bontotd dia . Lepas dah berjaya keluar dari berhimpit2 tu dari esclator aku baru sedar duit dah ilang... dari poket aku. Lepas tu baru aku perasan, masa keluar duit kat ATM tu mcm org perati aku.. dan agaknya dia follow. Ini kerja berkumpulan ni...
abg sahar..
syahdu gak baca entry ni..
selamat balik malaysia! saya akan menyusul nanti..
Post a Comment