Thursday, 27 September 2007

Selamat jua sampai Paris

Lega sampai balik toulouse. Penat memang penat, sebab menapak naik tukar metro kat paris, dan bertambah penat metro kat paris tak ada lif, jadi dekat setiap intersection tu... menapak la naik tangga dan turun tangga nak tukar line. Metro situ lama punya, tahun 1900an punya design... nak keluar metro, kalo kena yang lama tu kena la buka sendiri pintunya.

Ok, skip pulak cerita pergi ke paris, seperti semua sedia maklum, aku pergi hari selasa lepas pukul 9.20 pagi dari sini, naik iDTGV adik beradik TGV, cuma iDTGV ni kira mcm seat ekonomi la ni, kalo TGV bebetui tu luas sikit dan bertambah lagi tambang, oleh sebab last minit tempah aku dapat harga 169 euro pergi dan balik. Aqilah tak kena tambang, sebab baru 2 tahun dan bawah 4 tahun tak kena tambang. Sebenarnya, gerabak iDTGV ni melekat sekali dgn gerabak TGV. Jadi aku kira naik TGV gak la tu. Utk pengetahuan semua, keretapi ni boleh laju sehingga 357mph dan pada 3 april tahun 2007 telah mencatat rekod baru dunia utk high speed train, boleh tgk kat sini. Masa mula bertolak tu tak laju sgt sampai la bourdeux, sebab rupabumi kot, tapi bila dah lepas bourdeux dia dah makin laju semalam aku dapat rekod guna gps aku kelajuan dalam 198mph camtu masa balik semalam dari paris ke bourdeux. Bila dah laju tu, bila masuk terowong atau dia belok sikit rasa macam naik kapal terbang la, tekanan udara berbeza kot, ada rasa dengung atau sakit telinga cam kapal terbang nak turun dan naik tu. Dapatlah merasa naik TGV, keretapi yang terlaju untuk rekod dunia sekarang ni.

Kami sampai paris pukul 2.25, memang tepat seperti yang tercatit kat tiket, tak kurang tak lebih(ikut cam aku la yea hehehee), dan masa bertolak nak balik semalam pun masa seperti tercatat kat tiket tu, cuma masa pergi ja, dia tunggu 2 minit sebelum nak bertolak. Itu yang buatkan aku kagum gak tu, masa memang ngam betul2. Pendek kata , kita nak merancang nak buat apa2 pun senang la kalo time dah ngam2 sui camtu. Lepas sampai gare monparnasse tu kami ambik line 6 metro pastu turun ambik line 12 pulak. Kat sini la bermulanya episod nak tukar , naik turun tangga metro, penat memang penat, dukung aqilah lagikan, bulan puasa kan. Aqilah pulak dah makin pandai. Taknak duduk dlm stroller dah, dan taknak berjalan pulak tu. Jadi kami tak bwak la stroller tu, takut nanti kens usung je la stroller tu, tapi tak guna2. Sampai metro volontaires lines 12. Keluar ja metro tu, tgk balik peta, patah balik belakang dah nampak eiffel tower. Hati dah seronok dah, tapi nampak 1/3 tower tu je la, jln dlm 200 meter camtu sampai la ke hotel kami. Dan dari hotel nak ke eiffel tower dalam 20 minit jln kaki. Tapi aku tak sanggup ya jln kaki nak ke eiffel tower tu, 20 minit tu review mat salleh yang tulis kat ruangan komen hotel tu. Aku tak la sekuat camtu nak sampai eiffel tower, pancit nafas pulak lagi hehehhee.. .Kami check-in, hotel ni pun kami tempah last minit, harga 110 euro. Bolehlah nak tido semalam je kan, aku check wifi pun ada, ok la tu. Cuma sabun mandi ja tak ada. Dia letak dalam tempat mcm kat kfc yang selalu kita cuci tangan tu, bukannya jenis sabun ketul lain, syampu dalam botol lain. Memang budget hotel betul la, kalo aku tempah awal mungkin harga dalam 40-60 euro kot semalam. Tapi yang bagusnya hotel ni tak bising, tenteram je tido malam tu.

Lepas check-in , terus kami keluar. Tempat pertama eiffel tower. Kami sampai dalam 15 minit dari hotel-metro-bir hakiem stesyen. Sebelum tu ada tukar lines tu yang lambat. Pastu menapak lagi, sampai eiffel tower ambik gambar la apa lagi, selang seli dgn hujan lebat, kami teduh kejap pastu sambung balik. Lepas tu kami seberang sungai ke dataran depan tu nak ambik gambar dari sana. Yang best kat eiffel tower ni ramai org cakap english, hehehee, ada satu adegan tu aku terdengar org mat saleh ni "i'm glad to see you, now i can talk english" dan bla bla bla... hehehe... senyum kecil la aku. Dan kat eiffel tower ada belon besar bentuk rugbi, sekarang kan musim demam piala dunia rugbi, agaknya tu hotel aku mahal kot ; ) . Lepas tu kami patah balik jln kaki 4-5km ke stesyen bir-hakiem terus ke Arc de triomphe, ada upacara apa ntah kat situ, siap perarakan camtu la. Kami ambik gambar ja, as dah hepi sebab dah sampai jln yang dia teringin nak pergi sangat tu Champs elysees, ingat nak menapak sepanjang jln tu, tapi aku dah tak larat, so aku kasi can dia masuk kedai dekat Arc de triomphe tu je la. Pastu kami balik ke hotel. Berbuka makan roti dan kebab dan buah2an saja.

Esoknya kami ke musee du louvre, sebelum tu center pompidue beli keychain tapi blok sebelah dia tu kat jln "rue du temple", ni tips beli keychain murah dari khairul, murah sini 100 pcs dapat 18 euro. Kena turun kat stesyen rambuteau, dulu dgr nama stesyen ni ingat stesyen rambutan, nak tergelak pun ada, sempat la ambik gambar kat signboard tu. Lepas tu ke la defence, as beli handbag kat situ. Besar shoping kompleks situ. Pastu dalam kul 3 lebih kami dah bertolak ke gare du montparnasse, naik iDTGV pukul 5.20 sampai la tolouse pukul 10.35 tepat mcm tiket tu tulis.

Itu saja pengalaman kat paris. Teringin nak pergi byk tempat lagi, tapi tak sempat dan aku pulak cari tempat nak letak backpack tapi tak jumpa, sebab aku nak locker ,tu kerana kami dah check out awal semalam dalam pukul 10 lebih camtu, tak jumpa locker utk bag kat gare monparnasse, jadi terpaksa la kendong sepanjang route hari kedua kat paris tu sambil dukung aqilah, itu sebab pukul 3 lebih kami dah ada balik kat gare monparnasse. Rehat nak kumpul tenaga, penat menapak dan berpuasa. Itu pengalaman kami kat paris, rasa mcm nak pergi lagi satu hari nanti.. insya-allah, Paris we will come back..



kincir angin janakuasa (sempat as ambik)

as control cun dalam TGV

Hotel hujung jln ni
sapa lebih tinggi

menara condong eiffel tower

sapa punya scale ni

arc de pompier

jom makan rambutan

Pertemuan 3 rasa sayang yea



p/s: perasan tak aku dah pasang lagu raya, mcm radio kat malaysia kan?. Raya jauh lagi aku dah pasang lagu raya... kuikui kui....







Thursday, 20 September 2007

Al-fatihah

Tgh belek2 forum, ujian DNA mengesahkan mayat yang dijumpai dalam beg sport beberapa hari lalu adalah Nurin. Sebak baca pengesahan berita DNA ni. Dalam bulan ramadan yang mulia ni.. ada pulak berita sebak mcm ni, kehilangan adik nurin ni dah 31 hari, tadi aku sempat tgk 999 punya ulasan sebab waktu berita dah lepas, diberitahu mayat tu disahkan DNA adik nurin yang hilang tu dan masa bedah siasat dr cakap mati disebabkan jangkitan kuman dalam usus, sebab pecah dan susah benar aku nak taip, sebab pecah tu adalah kerana depan belakangnya dimasukkan objek seperti terung atau timun.

Geram betul kepada pembunuh tu, harap pembunuh dapat balasan yang setimpal dgn kekejamannya tu. Bayangkan dah 31 hari hilang, dan diseksa pulak mcm tu sampai la meninggal. Takziah kepada ibubapa Nurin Jazlin Jazimin... innalillah hi wainna ilai hirojiun dan Al-fatihah utk aruah semoga dicucuri rahmat hendak-Nya... Al-fatihah....

Ku pohon moga2 benda yang buruk ini dijauhkan dari keluargaku dan rakyat malaysia di masa2 akan datang.. ameen

link forum

keratan berita Bernama dibawah ini


September 20, 2007 14:47 PM

Naked Body Stuffed In Sports Bag Is Nurin Jazlin - Police

PETALING JAYA, Sept 20 (Bernama) -- Police confirmed the DNA test on the body of a girl found stuffed in a sports bag at a shophouse in Petaling Jaya Utama on Monday is that of Nurin Jazlin Jazimin who was missing since a month ago.

Petaling Jaya OCPD ACP Arjunaidi Mohamed said blood tests on the body and Nurin's parents confirmed their blood ties.

He said Nurin's parents were informed of the DNA finding this affernoon.

Nurin Jazlin, 8, a Standard Two pupil of Sekolah Rendah Kebangsaan Desa Setapak, was reported missing on Aug 20 after going alone to a night market near her house at Section 1 in Wangsa Maju.

The body of a naked girl, believed to have been sexually abused, was found by a shophouse owner at Jalan PJS 1 on Monday morning.

In KUALA LUMPUR, Nurin's father, Jazimin Abdul Jalil, 33, refused to accept the DNA result that the girl's body was his daughter's.

"I am Nurin's father...I know my daughter better than anyone else. My heart is saying the body is not my daughter.

"If police ask me to take the body, I will accept, I will perform the funeral rites and bury it. But I want the police to pursue the search for Nurin because I know Nurin is still safe out there," the taxi driver told reporters outside the Kuala Lumpur Hospital mortuary.

Jazimin said he was sure the body was not his daughter's based on her teeth and the scar.

He said Nurin had no gaps in her teeth and had a scar on her thigh.

Jazimin said he was informed of the DNA test result at 12.30pm by the Petaling Jaya police who summoned him to the Kuala Lumpur Hospital mortuary to identify the body.

Jazimin and his wife, Norazian Bistaman, 35, who were called to the hospital for identification on Monday did not accept that the body was their daughter based on the physical condition of the girl's body.

A distraught Norazian told reporters she would accept the authorities' decision.

"What else can I say. The DNA test shows she is my daughter. I will accept the will of God.

"As a mother, I still hope the body is not my daughter's. No mother will accept the reality that her daughter was raped and killed brutally.

"Only God knows the extent of my sadness and grief," she said in tears.

Norazian said this year's Hari Raya Aidil Fitri celebrations would be the most joyous and meaningful in her life in the event Nurin was found safe and sound.

"In fact, we've already bought Nurin's Hari Raya dress and I will patiently wait for her return," she added.

To add salt to injury, Norazian said while her family was grieving over Nurin's long disappearance, some people have the heart to ridicule and poke fun at her and her husband, making phone calls to say Nurin, whom they have nicknamed "Kak Ngah", was with them.

The housewife said the latest anonymous call she received yesterday from an unknown man saying Nurin was under his care.

"I'm too weak and don't have the energy to receive such hurtful calls anymore.

"I hope God will punish the murderer for the brutal killing of my innocent daughter to commensurate what has been done to her," she said, recounting the sufferings endured by her daughter during her one-month disappearance until her body was found stuffed in a sports bag.

Nurin is believed to have been killed 24 hours before her nude body was found on the stairs of a three-storey business premises.

Post-mortem on the body revealed the murderer had inserted a brinjal and a cucumber in her private parts, forcing the rupture of her rectum and to be infected with bacteria, resulting in her gruesome death.

The parents could not positively identify Nurin when they were first called in on Monday to identify the girl's body found with skin and bones, with bruise marks on her neck, suggesting strangulation.

Many parties came forward offering cash rewards to informants leading to the arrest of the murderer when Nurin's photograph was published in the local media.

The foreign media also joined in the search by providing updates on the search for the missing girl.

-- BERNAMA link

Wednesday, 19 September 2007

Hari nostalgia


Sebelah air terjun tu ada pokok rendang situlah aku parking ngan aqilah hari pertama sampai

Inilah entrance sekolah as, ENSICA

Ini pulak stesyen dulu2 kami transit dari bas ke metro vise versa

Tokey kedai daging dan kedai kebab yang baik hati, ni tolong aku byk ni, tolong bawak aku pergi masjid bayar zakat fitrah tahun lepas (masuk tabung je sebenarnya)


Pagi ni kami berkemas lagi, walaupun 3 hari lepas berkemas jugak, hehehehe, tak abis2. Tapi 3 hari lepas tu, aku sental bilik air, sental cermin tingkap dan sental singki, bersemangat sungguh nak balik. Hari ni pulak, lepas sahur as ajak bukak balik beg yang dah dipack ala kadar dulu, tujuannya nak keluarkan lagi baju2 yang tak akan dibawa balik. Saring la baju2 tu, supaya tinggal ikut limit berat yang sepatutnya, aku 20kg, as 20Kg dan aqilah 10Kg, taknak pulak excess baggage, karang byk pulak nak membayar. Byk pulak baju nak kena tinggal, yang bawak pulang baju sejuk saja, takut in case as kena datang semula europe, takyah la nak beli lagi baju sejuk tu. Yang lain kami pakai je berulang2 baju yang sama, dan sayang jugaklah ada baju tak dibawa pulang, sebab kebanyakkannya kami beli kat sini. Setelah dibuat pengasingan ada la kot lebih kurang 1 beg besar, 4 beg shoping pasaraya tu. Itu termasuklah baju yang ada org beri hari tu masa diaorang balik. Sampah rumah pun dah abis 6 plastik besar hitam tu, tak termasuk minggu2 lepas.


Penat memang penat, tapi bila pk dah nak balik, semangat pulak. Lepas tu, kami ke ENSICA, tempat sekolah as. As nak jumpa Mr frechou, ada hal sikit nak jumpa dengannya. Aku dan aqilah ikut sekali, masa sampai kat Metro Stesyen Jolimont keluar dari situ, aku dah tangkap syahdu. Aku syahdu bukannya apa, cuaca hari ni mengingatkan hari pertama kami sampai kat toulouse dan juga dalam bulan puasa, dan hari pertama tu la kami belajar nak guna Metro nak ke Fnac dulu. Waktu tu duit euro kecik pun takdak lagi, terpaksa la mintak nak tukar kat org lalu lalang kat stesyen tu , nasib baik ada makcik ni bagi kami ikut lalu sekali guna kad metro dia, yela mana ada kedai nak tukar duit kat stesyen tu , semua tu lepas as mendaftar kat opis. Sebab nak beli charger hp, sebab as bawak charger 3 pin.

Cuaca hari tu sama la mcm hari ni... cerah, langit biru, panas kena matahari tapi sejuk ja rasa sebab temperature dah rendah, sedap jer rasa bila "angin sepoi2 bahasa perancis" tu tiup kat badan nih. Bawah pokok depan ensica tu yang dekat dengan air pancut tu la aku dan aqilah duduk tunggu sementara as selesaikan urusannya kat opis ensica. hari pertama dalam bulan puasa tahun lepas.

Lepas settle urusan as tadi, kami ke Capitol, turun kat situ. As nak belikan aqilah stoking panjang utk baju barunya utk hari balik ke Malaysia tu. Beli lagi satu baju khas nak ke Paris utk aqilah kat capitol tuh. Lepas tu berjalan balik ke stesyen pertukaran Jean Jeures, tapi nampaknya train metro ke arah rumah kami ada masalah. Jadi kami menapak la naik bas kat Esquirol. Sebab dah berjangkit aku punya blues, aku snap je semua tempat yang aku, as dan aqilah pernah lalu dulo2, dan selalu lalu, terutamanya masa tak ada lagi Line B metro ni. Masa tu aku naik bas, jadi point nak tukar bas ke metro kat Esquirol tu la. Naik bas no 12 hari ni, turun depan Salin Parliment, pastu menapak la kami terus ke rumah, jauh gak tu, sambil mendukung aqilah yang tido, sambil2 tu ambik semua landmark yang boleh mengingatkan kami nanti bila dah balik mesia.

Makin gembira nak balik mesia, makin syahdu pulak nak tinggalkan bumi toulouse. Byk kenangan kat sini..., susah senang setahun dibumi asing... dan yang paling ketara terbayang2 wajah insan2 mulia yang pernah membantu kami semasa kami dibumi asing ni...

Monday, 10 September 2007

Final chapter: Sunflower ending

Final chapter: Sunflower ending


Ini sambungannya cerita dari hujung minggu lepas, tak dapat sambung terus sebab as guna komputer. Nak siapkan buat powerpoint utk presentation dia, wish good luck to her.. harap dapat buat dgn jaya dan cemerlangnya. "U can my dear".... , hari dia nak buat presentation tu samaada hari first puasa atau 2nd day puasa, puasa sini hari selasa atau rabu minggu ni which mean esok atau lusa la.

Selamat berpuasa kepada semua kengkawan dan muslim dan muslimat sekalian. Kami punya tiket tak dapat tau lagi , bila nak balik... susah hati gak, sebab nak kena planning nak uruskan pemotongan api, langganan internet, TAX sewa rumah (tak sangka ada pulak tax sewa rumah pulak pun), dan lain2 lagi. Tuan rumah dah cakap kalo nak keluar bulan depan paling lewat setakat 2hb je. Hmmmm... mcm mana tu ya, nak duduk mana kalo kena keluar awal, tiket pun tak tau tarikh lagi ni. Kalo ikutkan 2 hb tu mcm tak lama je lagi, lebih kurang 3 minggu la camtu.

Oklah sambung cerita petik epal. Kami pergi hari ahad lepas sambung 3 hari berturut-turut jln. Seperti sedia maklum hari jumaat sambut merdeka rumah kak nisa, hari sabtu ke andorra dan ahad petik epal. Kami bertolak naik metro sampai di stesyen Faculté-de-Pharmacie dalam pukul 2.30, azizul datang jemput kat situ. Dia sempat belajar bawak kereta kak za sebelum tu jln2 pusing sekitar IAS ( ni first time dia bawak kereta kat sini tau, jadi sekalung tahniah kerana berjaya handle kereta tu dan seterusnya drivekan kami sekali... hehehe) ,

Lepas tu semua berkumpul kami terus ke Les VERGERS de NOTRE DAME... nama tempat tu, perjalanan lebih kurang 45 minit camtu la, seberang sungai yang cantik belok kanan dan sampai. Pemilik ladang cerita serba sikit pasal ladang tu, dia ada tanam beberapa jenis epal, yang aku ingat golden epal dan dan royal gala. Dia ni pengekport epal ke malaysia gak. Yang dia ekport tu tak salah epal royal gala. Kami ditunjukkan tempat memetik tu, pastu bermulalah aktiviti memtik epal. Dia bagi makan epal tu sepuas-puasnya, makan free sebanyak mana mampu, masuk kat ladang dia tu pun free je, cuma nanti lepas petik timbang la epal tu, sekilo 1 euro. Hari tu aku abis 6 euro ja, termasuk beli satu botol perahan epal berharga 2.80 euro sebotol. 1.7kg epal digunakan utk hasilkan 1 liter perahan epal tu. Lepas timbang semua kami pun balik dalam pukul 6 camtu. Dalam perjalanan tu tetiba nampak ladang matahari, ketua rombongan kami tetiba bagi pulak signal berhenti, dah sah nak ambik gambar kat ladang bunga matahati le ni, hehehhee... impian as tercapai nak bergambar kat bunga matahari... dia kan suka benor bunga matahari ni... waktu bercinta siap request bunga matahari lagi, mana den nak ambik .. hehehhe... ok itu saja kali ni enjoy gambar kami kat ladang epal dan ladang bunga matahari ya...



p/s: sori la english aku tak hebat sangat, baru nak try2 guna dalam blog, nak improve mana yang patut.


3 mak dara pinggitan

pekerja kutip epal termuda
model iklan makanlah epal negara nepal

model negara taipingna (haduss overexposed)
seseri bunga matahari


disclaimer: gambar haku tak edit, ambik dari kamera terus kecuali yg last

Tuesday, 4 September 2007

Andorra la vella

Selekoh gunung ganang nak ke sana "mencabar nak drive ni"

baru lepas plaza tol terowong atas gunung tu dan makan nasi lemak

Ski resort/ ski hotel

As tgh kira duit nak habis utk sopink

gambar jalan utama 5 atau 6 km bersama2 pejalan kaki


Sambungan dari episod satu, ngeh ngeh ngeh.... hari sabtu lepas kami pergi ke Andorra. Memang kami teringin sgt nak join ni, alhamdulillah dpt juga ikut trip saudara2 malaysia kita yang baru sampai ke negara andorra ni. Kami bertolak dalam pukul 8.00 dari rumah, diaorang ambik, test kereta baru yang iqmal baru beli. Perjalanan nak ke sana ambil masa lebih kurang 2 jam lebih dah sampai sempadan france/andorra. Kemudian kami berhenti rehat makan nasik lemak, masing2 bawak bahagiannya, mejar linda bawak nasi lemak, keluarga lain bawak lauk pauk sambal, kami bawak telur rebus saja. Hehehe... mudah sungguh kami, bawak sandwich pun tak laku, biasa la, lama tak jumpa nasik lemak yang berbungkus lagi tu, ngeh ngeh ngeh.

Lepas makan dan bergambar sedikit atas gunung lepas plaza tol tu, kami ke ibu negara andorra namanya Andorra la vella. Perjalanan memang menarik nak ke sana, ibunegaranya tu besar lagi bandar ipoh rasanya. Dan andorra ni terkenal dgn tempat shoping sebab negaranya bebas cukai, jadi byk la outlet2 berjenama murah2, minyak wangi, rokok, dan barang2 elektronik lain. Perjalanan nak ke andorra la vella ni kami terpaksa ke kiri dan ke kanan sebab jln bengkang bengkok turun gunung, permandangan memang cantik, sebab lembah pastu byk resort2 ski baru yang dibina, sgt cantik binaannya.

Sampai sana dalam pukul 11, kami duduk kat sana sampai pukul 5, pastu kena balik. Dalam ibunegara andorra ni, sepanjang jln utamanya adalah pusat beli belah, lebih kurang 4 atau 5 km.
Semuanya kedai shoping. Dan org pejalan kaki kat sini kira mcm kebal sikit, kalo rasa nak melintas, melintas ja, tak payah tgk kiri kanan, kereta akan berhenti. Itu dah jadi budayanya kot. Dan masa melintas tu, dia orang jalan mcm buat bodo je, lambat2, take your time camtu la, sambil sembang2 gelak2. Kereta kami pun terpaksalah tunggu diaorang "happy hour" tu.... . Dan keadaan tu berlakulah setiap 10 meter, atau 20 meter sepanjang jln besar tu. Byk lah pulak lintasan pejalan kaki ni dan lintasan tu pulak tak ada pun lampu trafik. Tempat shoping mcm tu la kan ramai org.


akan bersambung, acara petik epal pulak esoknya, kalo rajin menaip nanti....

Monday, 3 September 2007

sambutan merdeka di toulouse

lauk pauk sambutan hari merdeka

Budak baju merah tu yang jatuh kolam

Bergambar kenangan dengan pokok anggur kak nisa


Dah 3 hari aku tak update, hujung minggu ni memang pack dgn aktiviti. Terima kasih kepada yang sudi mempelawa kami bersama2 mengikuti rombongan cik kiah ni. Yang pertama sambutan hari kemerdekaan dekat rumah kak nisa(19, rue des mesanges, tournefeuille) pada hari jumaat, lawatan ke negara Andorra pada hari sabtu, dan lawatan ke ladang epal hari ahad, semalam.

Ok, sambutan hari kemerdekaan kat kat rumah kak nisa, kami sampai awal kat IAS, tumpang kereta ikmal yang baru dia dapat, kereta nafira 7 seater, pergi solat jumaat dulu dari IAS ke basso cambo. Lepas jumaat dalam pukul 4 kami bertolak ke rumah kak nisa. Sampai kami buat bacaan yassin sekejap, lepas tu terus makan2, hidangan pun menarik utk pembukaan kami dijamukan dgn sushi, bagi keluarga aku, kami bawak kari daging ja. Yang bestnya as masak, dan org suka kari tu. Tahniah sayang. Memang kari as buat makin sedap, bagi aku la. hehe. Ada dua kejadian lawak hari tu. Pertamanya cari jalan nak sampai rumah kak nisa tu mula2 majer hasnor lead, pastu diaorang soh kereta ikmal sekali ngan aku la lead, pasal aku ada gps. Aku mmg berdebar sikit gps aku ni, bateri tak cukup. Dan aku pulak tak beli lagi charger pda utk kereta. Kan dah kalut, tetiba pda cakap lost gps signal. kalut jugaklah sebab tgh lead tetiba hilang arah, dan gps tu soh masuk jugak jln yang dah ditutup. camana tu, pusing2 jugak lah kami cari jln patah balik. Nasib baik aku ada bateri kedua, lepas tukar, gps funtion balik, masuk no rumah kak nisa, dia guide balik, tapi dalam hati aku ni doa je la, cepat sikit jumpa rumah kak nisa, karang bateri last tu abis camana , dah sesat hilang arah.

Kejadian kedua, yang menarik hari tu, selain makan2 yang best. As dan niza (isteri azizul) selamatkan budak yang jatuh kolam rumah kak nisa. Budak2 tu main tepi kolam dekat dengan tempat as melepak2 sambil chit chat, basah kuyup budak tu, nasib baik sempat capai, kalo tidak tak tahulah camana. Dihari merdeka as dan niza dah jadi penyelamat, hehehe ala2 baywatch.. hehehe...


samb nanti cerita ke andorra(negara bebas cukai selatan toulouse)....